"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Jumaat

Berita Terbalik, Tapi Terbaik

* Menarik untuk dikongsi.(RR)



Berita Terbalik, Tapi Terbaik


"Oleh : Dr. Hamzah Jaafar

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mempersoalkan ke mana pergi wang untuk saham bumiputra sebanyak RM52 bilion setelah disahkan hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang dapat dinikmati oleh bumiputera. Terbaliknya sebab sepatutnya LGE tak tanya fasal hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan orang melayu sebab dia orang Cina. Tak perlu bela orang Melayu. Lagipun yang buat penindasan dan penipuan terhadap orang Melayu ialah pejuang Melayu sendiri iaitu pemimpin UMNO. Tapi LGE pulak yang nak bela orang Melayu.


2. Masih ingatkah lagi LGE terpaksa meringkuk dalam penjara kerana nak bela anak gadis Melayu yang telah dinodai oleh bekas pemimpin UMNO di Melaka. Terbaliknya ialah kerana sepatutnya LGE tak perlu susah payah nak bela orang Melayu lagipun yang usik anak gadis melayu tu pun orang Melayu juga. Pemimpin yang lidahnya sentiasa berzikir mengungkapkan perkataan ‘kita akan bela nasib orang Melayu’.


"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .


Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.


Cucu saya, Noryati binti Mohamad Yusop, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.


Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.


Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.


Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.


Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-


"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."


Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.


Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.


Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.


Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.


Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.


Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.


Pendek binti Ahmad

Sabri bin Mohamad Yasin

Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .


3. LGE memperuntukkan satu peruntukan yang besar untukHhal Ehwal Agama Islam berbanding dengan Pulau Pinang tambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam. Yang lebih pelik lagi, LGE juga menubuhkan Majlis Syura Kerajaan Negeri. Sepatutnya Kerajaan pimpinan UMNO yang meningkatkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam dan menubuhkan Majlis Syura tapi Kerajaan pimpinan DAP yang buat.


oleh : Mohd Sabri Said (Harakahdaily)


GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta. Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja. “Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini. Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.


Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.


Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato’ Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim. Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein

Berakhirnya sebuah tragedi

Sebuah tragedi

Razin (bukan nama sebenar) telah pulang ke rumahnya pada suatu petang setelah kepenatan berhempas pulas di pejabat.

Dalam kepenatan sambil bersandar di kerusinya, dia ternampak kelibat lembaga hitam di kamar biliknya. Dia amat terkejut dan terus menerkam ke kamar biliknya. Dia tersentak dan tergamam melihat seorang lelaki di biliknya sedang berdua-duaan dengan isterinya. Mereka nampaknya begitu mesra. Dia menempik ke arah lelaki tersebut namun ternyata tidak dipedulikan. Dia menerkam lelaki tersebut dan cuba menolak lelaki tersebut namun segera ditahan oleh isterinya.

Anak-anak yang tidur di bilik bersebelahan terkejut bangun, membuka kamar tidur mereka, lantas berlari ke arah bapa mereka namun ditahan oleh lelaki durjana tadi. “Aku bapa kamu sekarang, ibu kamu yang mahukan aku sebagai bapa barumu”, kata lelaki tersebut dengan nada ego dan takaburnya.

“Cis!!!.. siapa kamu yang mahu mengaku bapa kepada anak-anakku? Aku bapa mereka yang sah dari perkahwinan yang sah. Kamu pula siapa yang memandai mengaku bapa mereka”, bentak Razin dengan nada keras.

‘Aku memang tiada ikatan yang sah dengan isterimu dan anak-anakmu, tetapi isterimu mahukan aku, biarpun tanpa ikatan perkahwinan yang sah”, ujar lelaki durjana tadi dengan nada penuh riak di wajahnya.

Razin kemudiannya dihalau keluar oleh lelaki durjana tadi, namun dia tetap tidak mahu berganjak. “Ini rumah aku, kenapa aku pula yang dihalau, engkau yang patut keluar”, bentak Razin dengan keras. Lelaki durjana tadi terus ketawa sambil tangannya memegang pinggang isteri Razin yang turut tersenyum dengan kejadian tersebut. Razin kemudiannya dihumban keluar pintu rumahnya oleh lelaki durjana tadi dengan kasar. Tersungkur dia di pintu masuk rumahnya, namun digagahi juga untuk bangun.

Razin amat bersedih dengan sikap isterinya dan lelaki durjana tadi, dia masih duduk di hadapan pintu rumahnya mengenangkan nasib dirinya. Kesian pada anak-anaknya yang masih mengharapkan bapa mereka yang tersayang. Apa sudah jadi pada dirinya, begitu besar ujian yang menimpa dirinya.

Selang beberapa minit kemudian, sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumahnya. Seorang pegawai polis yang segak beruniform keluar dari kereta tersebut dan melangkah menuju ke arahnya. “Encik, saya diminta oleh tuan rumah ini untuk memastikan encik tidak membuat kacau di sini, harap encik dapat pergi dari sini” ujar pegawai polis berkenaan. “Kenapa pula, ini rumah saya, lelaki durjana itu yang merampas rumah saya” kata Razin dengan nada keras. “Itu saya tak mahu tahu, yang penting encik perlu pergi dari sini sebelum saya berkeras, sebarang masalah encik boleh membawa kes ini ke mahkamah” kata pegawai polis tadi. “Baiklah, saya menghormati awak, saya akan pergi dari sini, saya akan bawa kes ini ke mahkamah”, ujar Razin dengan nada kecewa.

Di mahkamah

“Setelah mendengar segala penghujahan yang diberikan, maka mahkamah dengan ini memutuskan bahawa isteri kamu adalah milik lelaki tersebut walaupun tanpa perkahwinan yang sah. Ini kerana isteri kamu telah bersetuju menerima lelaki tersebut maka secara rasminya anak-anak kamu juga merupakan anak-anak lelaki tersebut” ujar hakim dengan nada selambanya.

Razin tersentak dan terpaku dengan keputusan mahkamah itu, bagaimana mungkin isteri dan anak-anaknya menjadi milik lelaki durjana itu dalam sekelip mata sahaja, tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Terkejut memikirkan bagaimana mudah, hanya dengan mengaku seseorang itu miliknya, maka dengan mudah sudah bertukar tangan. Apa sudah jadi dunia ini.

“Ya Allah, sebegitu berat ujian yang Kau berikan padaku. Adakah dunia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya jika sebegitu mudah seseorang mengambil hak orang lain tanpa rasa bersalah, dan perbuatannya direstui oleh masyarakat” tangis Razin.

SAMBUTAN TAHUN BARU 2010 DAN KONSEP 1MALAYSIA

Sambutan tahun baru kali ini seperti biasa adalah bagi meraikan kenaikan harga barang yang semakin tinggi sedangkan keadaan ekonomi agak lembab dan tiada tanda-tanda pemulihan.

Tidak hairanlah selepas ini, kerajaan BN dengan sikap munafiknya akan menguatkuasakan undang-undang dan mengugut peniaga agar tidak menaikkan harga barang. Satu tindakan yang jelas bodoh dari kerajaan BN yang tidak memahami rantaian ekonomi.

Apa yang saya faham dari konsep 1Malaysia iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ialah rakyat akan didahulukan dari segala segi bagi memenuhi kantung kerajaan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan cukai manakala pencapaian kerajaan dalam mencari idea bagi menambah pelbagai jenis cukai dan perolehan adalah diutamakan. 1Malaysia itu sendiri bermaksud 1Malaysia ditipu oleh kerajaan BN. Maaf agak emosi, tetapi itulah hakikatnya Malaysia dibawah UMNO@BN.

Najib yang sebelum ini menafikan kenaikan harga barang (seperti gula) ternyata berlaku sebaliknya. Sama seperti kenyataan-kenyataannya sebelum ini. Kalau dulu, minyak tidak akan naik tapi berlaku sebaliknya. Adakah ini membuktikan bahawa segala kenyataan pemimpin UMNO@BN kalau “tidak” bermaksud “ya”.

Sambutan tahun baru kali ini juga sebenarnya kita sedang menyambut kehancuran Islam di Malaysia apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 melalui Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan itu dibuat pada akhir tahun menjelang tahun baru seolah-olah puak kafirun ini akan merayakan bersama tahun baru. Bagi kita yang tidak tahu, kita raya sekali.

Saya cabar kerajaan UMNO@BN, kalau anda betul-betul pejuang Islam. Mansuhkan kembali keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu melalui Mahkamah Rayuan sepertimana anda perbuat sebelum ini dengan mudah. Sebagai contoh dalam kes Nizar-Zambry Mamak. Hantar petisyen pagi, tengahari dah dapat keputusan. Itu kuasa anda, bukankah begitu?

"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya). Al-Jaathiyah ayat 35