Sambutan tahun baru kali ini seperti biasa adalah bagi meraikan kenaikan harga barang yang semakin tinggi sedangkan keadaan ekonomi agak lembab dan tiada tanda-tanda pemulihan.
Tidak hairanlah selepas ini, kerajaan BN dengan sikap munafiknya akan menguatkuasakan undang-undang dan mengugut peniaga agar tidak menaikkan harga barang. Satu tindakan yang jelas bodoh dari kerajaan BN yang tidak memahami rantaian ekonomi.
Apa yang saya faham dari konsep 1Malaysia iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ialah rakyat akan didahulukan dari segala segi bagi memenuhi kantung kerajaan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan cukai manakala pencapaian kerajaan dalam mencari idea bagi menambah pelbagai jenis cukai dan perolehan adalah diutamakan. 1Malaysia itu sendiri bermaksud 1Malaysia ditipu oleh kerajaan BN. Maaf agak emosi, tetapi itulah hakikatnya Malaysia dibawah UMNO@BN.
Najib yang sebelum ini menafikan kenaikan harga barang (seperti gula) ternyata berlaku sebaliknya. Sama seperti kenyataan-kenyataannya sebelum ini. Kalau dulu, minyak tidak akan naik tapi berlaku sebaliknya. Adakah ini membuktikan bahawa segala kenyataan pemimpin UMNO@BN kalau “tidak” bermaksud “ya”.
Sambutan tahun baru kali ini juga sebenarnya kita sedang menyambut kehancuran Islam di Malaysia apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 melalui Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan itu dibuat pada akhir tahun menjelang tahun baru seolah-olah puak kafirun ini akan merayakan bersama tahun baru. Bagi kita yang tidak tahu, kita raya sekali.
Saya cabar kerajaan UMNO@BN, kalau anda betul-betul pejuang Islam. Mansuhkan kembali keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu melalui Mahkamah Rayuan sepertimana anda perbuat sebelum ini dengan mudah. Sebagai contoh dalam kes Nizar-Zambry Mamak. Hantar petisyen pagi, tengahari dah dapat keputusan. Itu kuasa anda, bukankah begitu?
"(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya). Al-Jaathiyah ayat 35
Tiada ulasan:
Catat Ulasan