Petang kelmarin saya turun di 'airport' Kota Bharu, saya dijemput oleh kawan lama saya, sepanjang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, kawan saya sempat menceritakan tentang perkembangan pembangunan di Kelantan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijangka bakal merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tersebut. Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh YB Datuk Takiyuddin dan YDP MBKB-BRI serta beberapa dif-dif jemputan yang lain.
Projek tersebut dibangunkan di Pasir Tumbuh tidak jauh dari Kota Bharu. Ia meliputi pembinaan 218 unit rumah kedai dan pasar awam melibatkan kos sebanyak RM2.7 juta, 18 unit perumahan kakitangan kerajaan (RM4.5 juta). Selain turut dibina masjid dan hotel. Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 20.73 ekar. Turut akan dibangunkan pondok moden yang bernilai RM1.2 juta, kompleks dataran (RM3.8 juta) dan 60 gerai (RM600,000). Projek ini akan menjadikan masjid sebagai tumpuan utama.
Maklumat yang saya dapat di atas pada mulanya adalah maklumat kos pada mula-mula projek tersebut dicadangkan, bagaimanapun setelah menjadi projek kerjasama syarikat terbabit dengan kerajaan negeri maka banyak perubahan telah dibuat bagi penambahbaikan DAN penambahan unit bangunan baru. maka kos sebenar dianggar hampir RM100 juta. Gambar yang saya attach di atas adalah gambar terbaru.Berikut adalah progress yg diemail kepada saya:
Masjid setinggi dua tingkat yang dibina akan dilengkapi ruang niaga, pameran dan bilik kuliah. Lokasinya di tengah-tengah pembangunan satelit berkenaan. Lebih menarik lagi, setiap mereka yang berurusan di Bandar Islam Pasir Tumbuh perlu menutup aurat bagi orang Islam dan bukan Islam berpakaian bersopan. Selain itu sesuatu yang menarik perhatian saya ialah, kolam renang "roof top" yang mengasingkan wanita dan lelaki.
Pembangunan bandar satelit Islam ini berpaksikan kepada masjid dalam fungsi yang baru yang merangkumi ruang niaga dan ruang pameran, perpustakaan dan juga bilik-bilik kuliah di dalam masjid itu sendiri.
Perlaksanaan projek ini juga merupakan satu tamparan hebat kepada Barisan Nasional yang sebelum ini berdegar-degar mengutuk dan memperlekehkan kerajaan Kelantan sebelum ini setelah projek yang sebelum ini sepatutnya dibangunkan di bandar Tunjung tidak dapat dibangunkan atas sebab tertentu.
Walaupun dianggap dan dicanang sebagai negeri termiskin di Malaysia, namun pembangunan di Kelantan lebih baik dan terancang berbanding negeri yang diperintah oleh kerajaan BN sedangkan bantuan dari Pusat disekat. Pembangunan di Kelantan lebih menyerlah dengan kehadiran pelabur asing ke sini atas dasar kepercayaan kepada dasar dan sikap pemerintah di sini. Banyak projek pembangunan yang sedang atau telah dilaksanakan seperti Kelantan Trade Centre, Pusat Komersil Rantau Panjang, KB Mall, Pelangi Mall, dan lain-lain lagi.
Berkaitan dengan isu perpaduan di bawah pemerintahan Islam, rakyat kelantan telah lama peka. Jadi wajarlah TGNA mengundang YB Karpal Sing sendiri sebelum ini ke Kelantan bagi melihat suasana perpaduan kaum di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan