Pengakuan yang dibuat oleh
Saiful Bukhari Azlan petang kelmarin bahawa dia diliwat oleh Anwar jelas merupakan konspirasi oleh kerajaan BN terutama Najib.
Konspirasi tersebut diakui sendiri oleh isteri Anwar, Wan Azizah. Wan Azizah telah mengemukakan bukti gambar yang menunjukan gambar Saiful Bukhari Azlan bersama pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof. Ini menterjemahkan bahawa telah ada konspirasi Najib menjatuhkan Anwar. Najib merupakan seorang murid yang tolol yang belajar dari bekas gurunya suatu ketika dulu. Isu yang dibangkitkan adalah isu yang sama walaupun telah dinafikan oleh bekas gurunya menjelang PRU12 yang lepas (rujuk pengakuan Mahathir, Anwar tidak bersalah).
Apapun usaha mewujudkan isu ini hanyalah sebagai mengalih isu tuduhan penglibatan Rosmah dan kes pembunuhan Altantuya. Bagaimana gelabahnya Najib apabila Akuan Bersumpah oleh Raja Petra dibuat terhadap isteri kesayangannya itu. Isu ini juga bagi menggagalkan usaha penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, isu yang ditimbulkan adalah amat benak sekali yang mana datang dari pemikiran yang benak. Maka tidak hairanlah, bekas gurunya juga mengakui kebenakkannya itu.
Jika isu yang ditimbulkan adalah isu contohnya seperti Anwar melakukan konspirasi dengan agen Yahudi atau bukti Anwar memang terlibat rasuah (walaupun tidak), maka isu itu mungkin lebih dipercayai, tetapi disebabkan kebenakkannya, maka isu yang telah dinafikan oleh gurunya, ditimbulkan kembali.
Hakikatnya, rakyat akan bertambah marah dengan kebenakkan kerajaan BN terutama UMNO. Sedangkan isu yang ditimbul oleh bekas gurunya dari awal lagi tidak dipercayai, ditambah lagi isu ini yang ditimbulkan di kala kemarahan rakyat sudah memuncak.
Semoga Allah memberikan keinsafan kepada mereka, jika tidak tunggulah kehancuran dan azab Allah yang pasti tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan