Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah
Wan Nordin Wan Yaacob Tue | Jun 10, 08 | 12:28:19 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat. Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam. "Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan. "Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam. Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka. Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya. Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8), "Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya. Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya. Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya. "Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi. "Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya. Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya. "Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya. Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya. |
Harga minyak: Husam sanggah daleh Abdullah
Mohd Rashidi Hassan Mon | Apr 17, 06 | 4:17:34 pm MYT | |
NAIB Presiden PAS, Husam Musa yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan begitu terkilan dengan kelemahan dan kegagalan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam mengemudi ekonomi negara sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit dan sengsara. Ahli politik yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya ini mengupas persoalan yang mencengkam minda masyarakat dalam wawancara beliau bersama Mohd Rashidi Hassan. HARAKAH: BN dakwa PAS menggunakan isu kenaikan harga minyak untuk tujuan politik. RM70 tidak cukup untuk menampung tambahan perbelanjaan untuk minyak motor atau kereta kancil mereka, kenaikan tambang sekolah dan kenaikan harga barang keperluan. Ramai rakyat berpendapatan tidak sampai RM1,500 pun. Mereka rasa beban ini berat. PAS juga dituduh menghasut rakyat. Nak kata rakyat marah kerana PAS hasut, tak betul sama sekali. Kita tak setuju kenaikan ini kerana ia menjejaskan semua sektor ekonomi. Namun kita beri jalan penyelesaian, kalau-kalau kerajaan nak terima formula kita, supaya ekonomi tidak teruk terjejas. Kita sangkal hujah kerajaan kerana ia mengelirukan dan tidak tepat. Tahun 2005, untung bersih RM35.5 bilion. Enam bulan pertama tahun kewangan sekarang, untung bersih naik RM20.8 bilion. 164 campur 35.5 campur 20.8, jumlah untung bersih Petronas hingga kini RM221 bilion! Nak belanja untuk rakyat 4 bilion setahun susah? Pecahan untung bersih Petronas seperti berikut: Kenapa keuntungan meningkat? Kerana harga minyak dunia naik. Maknanya, kenaikan harga minyak dunia telah meningkatkan keuntungan Petronas. Bila untung Petronas naik, kutipan hasil kerajaan dari Petronas juga naik. Minyak kita jadi macam pelampung ekonomi negara. Bila air naik, pelampung naik. Bila minyak dunia naik, keuntungan kita naik. Keuntungan itu kita cadang kerajaan guna untuk faedah rakyat. Petronas mampu dan tak terjejas. Sekalipun kerajaan mahukan RM23 bilion bersih untuk pembangunan dan tak mau tanggung 4.4 bilion tambahan melalui kenaikan 30 sen itu, beban itu boleh ditanggung Petronas dan bukannya rakyat jelata dan ekonomi negara secara keseluruhan. Hujah kerajaan nak guna keuntungan Petronas untuk melabur sangat tidak masuk akal dan tidak bersifat kasihan belas. Pelaburan Petronas bertujuan beri faedah pada rakyat, bukan setakat melabur dan melabur. Sekarang antara masa faedah pelaburan itu dikembalikan pada rakyat. Sebenarnya, rizab minyak negara kita ialah sebanyak 5.29 bilion tong dan ini boleh kekal untuk 19 tahun lagi. Ini diberitahu Perdana Menteri di Dewan Rakyat November tahun lalu. Itu belum ambil kira penemuan telaga-telaga baru seperti Telaga Pisagan 1A dan lain-lain. Juga tak termasuk penemuan rizab gas yang baru. Ini kerana pendapatan rakyat kita berbanding Singapura tak sama. Purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakyat Singapura ialah USD29,700 dan ini tiga kali ganda purata KDNK rakyat Malaysia kita sebanyak USD10,400. Kalau berasaskan pendapatan purata mereka, minyak di Singapura patut berharga hampir 6 ringgit seliter. Jadi secara berbanding, harga minyak mereka lebih murah dalam ukuran kuasa beli rakyat mereka. Lagipun, Singapura tak ada keluar minyak dan jarak perjalanan mereka pendek. Kita, perjalanan KL�Alor Star umpamanya, bukan dekat. Tambah tol lagi. Di Thailand, lebuh raya utama perjalanan jauh tak ada tol. Ini semua kos selain minyak dan kerajaan kena ambil kira sebelum buat perbandingan macam itu. Wang 4 bilion diperuntukkan untuk pengangkutan awam. Apa komen saudara? Apa hal pula rakyat Kelantan, Terengganu dan Perlis umpamanya? Apa pengangkutan awam yang akan dibaik pulih di negeri mereka dengan wang 4 bilion tadi? Kalau tak ada, mereka tolong negeri lain dengan membayar harga lebih mahal dan adakah ini adil? Pengangkutan awam adalah penting tetapi adalah tidak wajar rakyat menjadi terbeban kerana kerajaan tak tau cari jalan lain untuk dapatkan wang bagi buat perkara itu. Lagipun semua pengangkutan awam bukannya percuma, rakyat terpaksa membayar apabila hendak mengunakannya kelak. Ini hanya gula-gula untuk sejukkan rakyat selepas kerajaan rampas nikmat harga murah dari kita semua. Apa sebab saudara kata begitu? The Star keluaran 18 Mac, ruangan Biz week melaporkan anak syarikat Scomi, Scomi Engineering akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek di bawah peningkatan pengangkutan awam. Satu, Scomi Engineering memasuki tawaran untuk membina badan bas sebanyak 400 buah untuk Syarikat Prasarana milik kerajaan. Nilai projek ialah RM120 juta. Kedua, workshop keretapi syarikat ini telah siap untuk kerja-kerja baik pulih 1,500 gerabak kepunyaan KTM dan ini mungkin meningkat kepada penyelenggaraan 3,500 gerabak setiap tahun. Kita semua tahu Scomi milik siapa. Kenapa Scomi begitu istimewa? Itu belum masuk cerita MAS. Mas perlu 4 bilion tahun ini. RM2 bilion mesti datang dari kerajaan. Selagi kebocoran seperti ini tidak dibaiki, kita semua menjadi mangsa. Tahun lepas MAS rugi 1.2 bilion. Tahun ini, dijangka MAS rugi lagi lebih satu bilion. MAS beli lukisan dengan harga begitu mahal. Bila diberitahu, Perdana Menteri minta perkara ini dilapor pada pengurusan MAS. Sikap sambil lewa terhadap pembaziran dan penyelewengan yang berlaku dalam Negara ini menyebabkan rakyat akhirnya menanggung beban. Kalau tidak, reputasi Pak Lah dan Najib tak akan dapat dipulihkan dan rakyat kita menderita kerana keputusan yang salah pada waktu yang salah. Rakyat diminta serap kenaikan harga minyak tetapi kerajaan sendiri tak mahu berbuat demikian. Mana nilai moralnya? Kalau betul kerajaan tak mahu harga barang naik, kena tunjuk contoh dengan tidak naikkan harga minyak. Kata-kata Pak Lah, tak ada sebab teh tarik kena naik harga, betul-betul mempermainkan rakyat. Kenaikan kos hidup adalah kesan selari dari kenaikan harga minyak dan ini semua orang tahu. Takkan Perdana Menteri tak tahu? Selain kos langsung, penjual teh tarik juga perlukan tambahan pendapatan untuk biayai kos hidupnya yang meningkat selari dengan kenaikan harga minyak. Sepatutnya, dengan kekayaan kita yang ada, kalaupun tidak kesihatan percuma, pendidikan mesti percuma. Ini untuk menyediakan biasiswa bagi pelajar cemerlang pengajian tinggi pun Kerajaan BN tidak mampu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan