"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Sabtu

Doa dan Lagu untuk Gaza

Ya Allah,

kami letakkan Mu di batang leher musuh kami,

dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka,


Ya Allah,

leburkan kumpulan mereka,

cerai beraikanlah pakatan mereka,

goncanglah pendirian mereka,

hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka,


Wahai Tuhan yang penuh raksaksa,

Wahai Tuhan yang gagah perkasa,

Wahai Tuhan yang bersifat murka,


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang menggerakan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,

kalahkan mereka, menangkan kami ke atas mereka.

Amin....






Lirik:

We Will Not Go Down
Michael Heart


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Rabu

Berdepan dengan golongan Abu Jahal

Salam ukhwah,

Rasanya dah lama tak menulis di dalam blog saya ini. Tak menulis bukan bermaksud sudah tak mengambil tahu isu semasa, tetapi terlalu bosan dengan pelbagai karenah orang politik sejak akhir-akhir ini. Kawan-kawan sering bertanya pandangan saya melalui email, setelah lama menyepi. Bagi saya, biar pelbagai isu yang diwujudkan kepada Pakatan Rakyat, isu, biarlah tinggal isu. Gerak kerja perlu ditingkat lagi, biar mendatar, kalau boleh meningkat, jangan berkurang kerana asyik melayan isu.

Yang memihak kepada UMNO@BN, semakin hari semakin merapu dan semakin menindas. Yang memihak kepada Pakatan Rakyat, nampak terlalu ghairah dan sesetengahnya, untuk memaklumkan kepada orang, dia lebih kenal kepada pimpinan atasan, macam-macam isu dalaman didedahkan. Entahlah...

Apapun yang penting fikrah politik saya tetap sama. Biar siapapun yang memimpin, selagi Islam adalah dasarnya yang jitu (bukan Islam plastik) maka itu penambat hati saya.

Bagi pihak UMNO@BN, kerana asyik menimbulkan isu politik, banyak agenda terutama agenda ekonomi dan permasalahan rakyat telah diabaikan.

Najib, ketika menyandang jawatan TPM, nampak agresif sedikit, bila dah jadi PM, sibuk membersihkan namanya yang telah terlalu busuk. Bila buka TV sahaja, balik-balik muka bapanya diulang-ulang bagi menarik simpati rakyat. Masalahnya, apa yang bapa dia buat semuanya dia yang menjahanamkan.

Teringat satu ketika, ketika saya sedang minum bersama rakan di sebuah gerai di Klang. Seorang veteran UMNO yang sedang minum di situ. Saya tidak begitu kenal rapat dengannya, cuma tahu dia seorang kuat UMNO dari beberapa kenalan. Begitu lantang dia menghentam Dato' Seri Nizar, pengunjung di kedai itu semuanya terdiam. Mungkin sebab segan dengan veteran UMNO tersebut kerana dia orang berada. Macam-macam hujah dikeluarkan. "Nizar barua Cina, habis tanah Melayu diberikan kepada Cina", "Selangor ni, aku tak kisah kalau PAS memerintah, sama-sama Melayu, sama-sama Islam, jangan bagi PKR, PKR barua Cina" dan pelbagai lagi hujahnya yang dia anggap terhebat.

Saya yang kebetulan minum di situ mencelah, "kalaulah kira Nizar tu barua Cina, maka Najib lagi teruk". Ujar saya sambil tersenyum. Veteran UMNO tersebut tiba-tiba tersentak dan tergamam. "Kenapa pula?" marahnya. " Najib bukan sahaja barua kepada Cina bahkan barua kepada Kafir sekali" ujar saya.

Saya meneruskan lagi, " Najib di awal pemerintahannya telah meluluskan undang-undang di mana ibubapa mualaf tidak berhak menentukan agama anaknya selagi belum berumur 18 tahun. Jadi bagaimana seorang ibu atau bapa mualaf itu hendak membawa anaknya turut beribadat. Ini akan menyusahkan keluarga tersebut dan umat Islam khususnya.

Dan satu lagi bagaimana Najib tanpa berfikir panjang terus memansuhkan MECD, bukankah MECD yang banyak membantu orang Melayu. Saya tak kisah pun pasal 'delivery system' MECD, nak ahli UMNO ke atau apa sekalipun, janji tolong orang Melayu. Sekarang kan dah jadi susah. Dijangka dalam 4 ke 5 tahun lagi, ramai peniaga Melayu bungkus, sekarang pun banyak yang dah bungkus, tambah-tambah yang bergantung sepenuhnya kepada MARA, MARA pun tak tahu mana letaknya kedudukan dia sekarang", bentak saya keras.

"Najib memang takut bini, asyik ikut punggung bini aje" bentaknya marah lalu berlalu ke keretanya. Enjin keretanya dihidupnya dan terus berlalu pergi. Pengunjung di gerai tersebut ada yang ketawa dan tersenyum melihat gelagat kami tadi. Bukan niat di hati untuk menghentam orang, tapi biarlah berpada. Penyokong dan pencacai UMNO@BN, mereka tahu pemimpin mereka korup dan bermasalah, tetapi tetap sokong. Apa masalah mereka? Tidakkah mereka seperti bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang tahu hakikat kerasulan Nabi Muhammad SAW tetapi tetap mempertikaikannya.

Selasa

Perlu Wujud Alternatif Bagi Syarikat Insuran

Lebih 4.8 juta pemilik kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000 bakal berdepan masalah. Masalah ini berpunca daripada tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan tersebut, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.

Tindakan tersebut menunjukkan bahawa syarikat-syarikat insuran tersebut tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata.

Kerajaan perlulah bertindak rasional dalam hal ini. Langkah kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) yang bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu masih boleh dipertikai. Adakah jumlah caj adil dan penolakan dari NCB juga digunapakai?

Kalau kena pada kadarnya, maka syarat untuk memperbaharui Cukai Jalan perlu dipinda semula. Insuran kenderaan perlu bukan syarat wajib. Tanpa insuran, pengguna masih boleh memperbaharui Cukai Jalan. Namun bagi keselamatan, satu pakej lain perlu diperkenalkan agar lebih murah dan mampu.

Jika ini dapat dilakukan, maka syarikat insuran akan bersaing dan mengenakan caj yang lebih murah dan mampu. Ini akan memberi kebaikan kepada pengguna.

Saya juga memiliki beberapa kenderaan yang lebih dari 10 tahun dan menghadapi masalah apabila memperbaharui insuran pada awal tahun ini. Syarikat insuran agak angkuh dan tidak mahu melayan permohonan pembaharuan insuran kenderaan saya.

Saya agak bernasib baik kerana pihak insuran telah menghantar notis pembaharuan insuran saya sebelum itu, dan itu menjadi hujah saya untuk memaksa mereka memperbaharuinya. Mana boleh notis keluar tetapi dianggap tidak sah.

Bagaimana nasib masyarakat kampung dan golongan kurang mampu yang kebanyakan mereka mempunyai kenderaan lebih dari 10 tahun. Bagaimana tindakan mereka?

Isnin

Isu Tanah : Apabila Si Fasik dan Si Munafik berbicara

Utusan Malaysia 05/04/2008

Beri hak milik kekal langgar Kanun Tanah Negara
Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 4 April – Kerajaan negeri campuran di Perak hanya menipu rakyat jika memberi status geran hak pemilikan kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun kerana ia bercanggah dengan Kanun Tanah Negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari berkata, ini kerana pemberian status berkenaan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri, Usahawan dan Pembangunan Koperasi berkata, kuasa kerajaan negeri hanya tertakluk dari segi kutipan hak milik tanah sementara (TOL), bayaran premium dan cukai tanah.

‘‘Pemberian geran hak pemilikan kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun bercanggah dengan Kanun Tanah Negara.

‘‘Ini bermakna ia tidak boleh dilaksanakan dan oleh itu, saya menganggap kerajaan negeri cuba menipu rakyat dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa lebih 60,000 penduduk kampung baru di negeri ini akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami mereka.

Mohd. Nizar berkata, selain penduduk kampung baru, peluang tersebut turut diberikan kepada mereka yang mendiami kampung tersusun sebagai ‘hadiah’ daripada kerajaan negeri terhadap rakyat yang mengundi ketiga-tiga parti pembangkang membentuk kerajaan campuran pada pilihan raya lalu.

Beliau memberi alasan selama ini, mereka begitu bersabar menduduki tanah terbabit dan menggunakan geran TOL walaupun sudah tinggal di situ sejak 1948 iaitu sebelum merdeka lagi.

Keseluruhannya terdapat sebanyak 134 kampung baru di Perak dengan setiap kampung mempunyai penduduk kira-kira 500 orang dengan majoriti iaitu hampir 85 peratus kaum Cina manakala selebihnya iaitu kira-kira 15 peratus Melayu dan India.

Beliau berkata, pemberian geran berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Tanah Negeri Perak dan Kanun Tanah Negara.

Ramly berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah berusaha memastikan penduduk di 134 kampung baru di Perak memiliki suratan hak milik secara sah.
Katanya, usaha ini dilakukan sehingga sanggup memberi diskaun premium beberapa kali bagi penyambungan tempoh hak milik.

‘‘Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.

‘‘Kita percaya tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal undang-undang berkata, pemberian hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dan kampung tersusun memang bercanggah dengan Kanun Tanah Negara.

Katanya, jika kerajaan negeri ingin memberikan geran milik kekal kepada penduduk berkenaan, penduduk kampung lain juga patut diberi taraf yang sama.

‘‘Setahu saya untuk memberi geran milik kekal mesti ada syarat istimewanya. Persoalannya kenapa hanya kampung baru dan kampung tersusun yang dapat dan apa kata kampung-kampung lain yang mendapat status hak milik sementara,” katanya.

Beliau berkata, jika diberi status milik kekal, kerajaan tidak mungkin boleh mengutip balik cukai premium atau sebagainya dan tidak boleh mengambil balik tanah tersebut untuk projek pembangunan.



Berita Harian 06/07/2009

Pusat tak akan campur tangan hal ehwal negeri: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara itu perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Ini adalah perkara kerajaan negeri, tanah terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sepertimana yang anda tahu, jadi ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Sekiranya kami (kerajaan persekutuan) campur tangan, ia akan mewujudkan duluan penting bagi kes-kes lain, terdapat banyak kes lain sebenarnya, dan kami akan diminta campur tangan dalam kes lain juga," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah menara pejabat setinggi 50 tingkat Kumpulan Naza di sini.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan menulis surat kepada Najib bagi memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah kampung itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bagi membolehkan 23 keluarga terus tinggal di Kampung Buah Pala.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa mengosongkan tanah itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk terus tinggal di kawasan itu yang telah dihuni mereka sejak sekian lama. - Bernama



* Komen: Entahlah labu... fikir-fikirkanlah....

Selasa

Tazkirah & Renungan

"Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri“.

Hadith Riwayat Ibnu Majah

Generasi Muda, Muktamar PAS, Kerajaan Perpaduan dan Persoalan

Salam ukhwah,

Malas rasanya nak menulis mengenai masalah dalaman PAS, adakah kerana merasakan angin kemenangan makin hampir maka semakin panas masalah yang melanda. Namun saya paksakan diri untuk menulis dikala kekecewaan generasi muda kini yang terlibat dan yang tidak terlibat secara langsung dalam harakah perjuangan PAS. Moga menjadi teguran bagi pimpinan agar dapat berhujah mengubat kekecewaan kami.

Persoalan yang bermain difikiran kami, agar UMNO@BN akan hancur dari bumi Malaysia yang tercinta dan semoga muncul penguasa baru yang tampak lebih bertanggungjawab dan beramanah dalam pentadbiran. Kenapa masih perlu kerajaan perpaduan? Apa itu kerajaan perpaduan dan bagaimana bentuk perlaksanaan kerajaan perpaduan? Itu perlu dijelaskan agak hilang kekeliruan kami.

Muktamar PAS telah tamat, isu sebenar belum terjawab. Saya pada mulanya menyangkakan muktamar kali ini akan mengubah landskap pergerakan Islam di Malaysia. Namun jangkaan saya meleset.

Sebelum muktamar, keadaan agak panas kerana digembar-gemburkan oleh media kerajaan. Walaupun dinafikan oleh pihak pimpinan PAS namun, masakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya.

Beberapa kalangan sahabat seperjuangan masing-masing mempertikaikan perjuangan sahabat perjuangan yang lain dengan pelbagai label dan gelaran. Ditambah dengan kenyataan anakanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat maka menambahkan lagi asam garam dan lemaknya pergolakan ini. Mungkin dikalangan penyokong dewasa perkara itu nampak biasa sebagai asam-garam perjuangan tapi bagi generasi muda terutamanya yang masih mentah dalam pergolakan politik. Perkara seumpama ini dianggap suatu yang terlalu dahsyat dan membentuk minda pemikiran mereka untuk membenci antara satu sama lain mengikut label dan ukuran mereka sendiri.

Profesional tetap profesional, ulama tetap ulama. Sehebat mana profesional, mereka tetap menghormati ulama. Ulama perlu memperkasakan diri dan merealisasikan hasrat semua yang menaruh harapan kepada mereka. Semuanya saling melengkapkan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Alangkah sumbangnya apabila ada segolongan muda yang mendakwa diri mereka pro pada sesuatu pihak yang mengikut label mereka dan mendakwa mereka yang membangunkan PAS. Itu politik kampung bagi saya. Semua ada penyertaan sebenarnya.

Bagi saya dan generasi muda yang lain, tidak kira siapa yang mengepalai perjuangan PAS. Selagi dasarnya sama, yakni memperjuangkan Islam, maka selagi itu kami akan taat. Jika siapa yang mengepalainya, mengubah dasar dan halatuju perjuangan maka kami akan mufarakah dalam perjuangan tersebut. Tidak perlu bimbang samada profesional atau ulama.

Saya tak pasti samada idea Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membentuk “Kerajaan Perpaduan” ada dibahaskan di dalam muktamar baru-baru ini. Jika ada, harap dapat diwujudkan satu “task force” untuk menerangkan kepada semua penyokong. Kerana perkara inilah yang patut menjadi agenda dan persoalan utama muktamar kali ini. Kenapa perlu rundingan dengan dengan UMNO@BN diadakan?

Itu persoalan yang generasi muda mahukan, dikala hati terlalu meluat dan rasa benci serta menyampah pada UMNO@BN. Selagi belum dihuraikan maka ia akan menambah kekeliruan yang berpanjangan. Jadikan kegagalan perkongsian kuasa antara Hamas dan Fattah sebagai teladan.

“ Bapa Perampas Malaysia”

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, benar-benar membuktikan bahawa segala agenda yang dibuat oleh UMNO@BN sebelum ini adalah agenda yang jahat dan keji. Penuh dengan drama penipuan dan penyalahgunaan segala jentera kerajaan sewenang-wenangnya.

Memang pada sebelumnya, ramai pengamal undang-undang Malaysia mengatakan bahawa pada mula-mula lagi UMNO@BN telah melakukan kesilapan yang teramat besar dalam percaturan politik di Perak. UMNO@BN yang tersedar dari kesilapan itu tetap dengan sikap tebal mukanya dan menggunakan media sepenuhnya untuk memberi tekanan kepada Dato’ Seri Nizar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Bagi mereka, jika Dato’ Seri Nizar mengalah dan berundur maka itu akan membetulkan kesilapan mereka itu, namun agenda jahat mereka itu jelas tidak menjadi.

Kemungkinan juga, pengistiharan oleh mahkamah kelmarin juga merupakan agenda jahat mereka bagi membolehkan agenda lebih jahat dilaksana, juga bagi memburukkan imej pemerintahan Pak Lah sebelumnya bagi memulihkan imej UMNO@BN yang telah sedia kotor dan keji. Semua itu tepat dengan imej UMNO@BN.

Hari ini, satu perkara yang mengejutkan berlaku apabila Mahkamah Rayuan, yang mana sebelum ini terkenal lembab tetapi bagi rayuan kes ini tampak hebat hari ini apabila Zambry yang baru mengemukakan rayuan terus mendapat keputusan. Pelik tapi benar. Maka jelas sifat fasik dan munafik pimpinan UMNO@BN jelas kelihatan.

Saya merasakan bahawa rampasan kuasa Speaker DUN Perak. Jika Speaker yang dilantik secara haram itu boleh bertugas dengan kuasa haram yang diterima. Jika dia boleh boleh mempengerusi Sidang DUN Perak selepas ini. Ia merupakan satu pencabulan hak dan menjadi perintis kepada satu rampasan kuasa di Parlimen. Maka tidak hairanlah, drama rampasan kuasa akan berlanjutan di Malaysia dan bakal diterima sebagai jalan mudah mendapatkan kuasa di Malaysia.

Maka generasi akan datang akan mengenal Perdana Menteri sekarang sebagai “ Bapa Perampas Malaysia”.

Sabtu

Sinonimnya selsema babi? (18SG)

“Selsema Babi” merupakan satu penyakit respiratori (pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi yang pada asalnya disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah berubah atau melalui proses mutasi dan menjadi wabak baru.

Menurut laporan dari CDC ( Centres of Disease Control and Prevention) pula, di Mexico, pada bulan lepas dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1000 telah dijangkiti. Virus disebarkan oleh manusia tidak sepertimana “selsema burung” yang disebarkan oleh spesis burung. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

Maka dengan wujudnya virus ini, terbukti kekuasaan Allah SWT yang mengharamkan babi. Bagi saya, wujudnya virus ini berkemungkinan 2 faktor penyebab. Yang pertama adalah menunjukkan bukti mengapa Allah SWT mengharamkan babi ke atas umatnya dan yang keduanya ialah sebagai kafarah kepada umat manusia yang masih menghalalkan apa yang diharamkan.


Dahulu, ada misalan yang dijadikan gurauan oleh sahabat-sahabat saya. “Kenapa ibu babi jalan dengan kepalanya tunduk dan anaknya juga jalan dengan kepalanya tunduk?”. Jawabnya, “Ini kerana ibunya malu punya anak babi manakala anaknya pula malu punya ibu babi”. Sekadar gurauan mereka, bukan bermaksud mempertikaikan kejadian makhluk Allah SWT.


Maaf, seribu kali maaf andaikata saya mengambil perumpamaan yang agak kasar ini, tetapi perumpamaan yang saya ambil ini tidaklah sekasar apa yang berlaku di Perak. Sebuah tragedi yang tidak bermoral oleh UMNO@BN Perak.


Itulah hakikat kerajaan UMNO@BN Perak, mereka adalah sebuah kerajaan haram, yang ditubuhkan secara haram dan memerintah secara haram. Kalau mengikut misalan yang saya nyatakan tadi, mereka lebih hina daripada babi yang jalan bertunduk kerana mereka merasa bangga membuat onar di negeri sendiri serta merampas hak rakyat yang selama ini dituntut oleh rakyat. Sudahlah jahat, bangga pula membuat jahat.


Jika sudah jelas mereka kerajaan haram, adakah mereka akan membawa virus ini sepertimana selsema babi yang sedang melanda kini. Sudah pasti jawapannya, “YA”.


Mereka telah membuka jalan dalam mempermainkan undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Maka tidak hairanlah suatu masa nanti akan berlaku perkara yang sama tetapi tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak.


Itulah kerja Allah SWT, setiap kerja jahat mereka, jelas kelihatan cacat celanya. Mereka sentiasa gagal memperdaya rakyat jelata melainkan beberapa kerat si tuli dan pencacai yang kemaruk uang haram mereka, seharam diri mereka sendiri.


Kejadian yang berlaku di sidang DUN baru-baru ini amat memalukan Malaysia. Bagaimana kuasa Speaker DUN pula dirampas seperti mereka merampas jawatan Menteri Besar baru-baru ini. UMNO@BN membuat lakonan seolah-olah rakyat adalah tunggul yang akan mengikut apa sahaja lakonan mereka. Mereka menggembar-gemburkan kekecohan berlaku adalah disebabkan kejahatan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.


Berlawan dengan mereka, cubaan menyekat kejahatan mereka dan takut dengan kejahatan mereka adalah seumpama kepayahan menyekat virus selsema babi yang semakin merebak dan takut dengan jangkitannya.


Semoga Allah melindungi keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Isnin

UMNO : Parasit dalam Islam

Anak kekal agama: Keputusan Kabinet disambut baik

KUALA LUMPUR: MCA menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam.

"Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni.

"Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isuisu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini," kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet yang menyatakan ibu atau bapa yang menukar agama Islam, anak-anak kekal menganut agama asal semasa berkahwin.

Gan berkata, MCA mengulangi pendiriannya bahawa jika agama anak-anak tidak boleh dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa jika ibu atau bapa memeluk Islam, status quo agama kanak-kanak itu hendaklah kekal sehinggalah mereka berumur 18 tahun.

Namun, kata beliau MCA melihat keputusan Kabinet itu hanya boleh digunakan di dalam kes di mana ibu bapa bercerai dan seorang daripada mereka menjadi "muallaf" kerana memeluk Islam.

Gan berkata, masih timbul persoalan tentang kes-kes perkahwinan sivil yang masih belum diputuskan mengikut undang-undang sivil, contohnya perpisahan walaupun seorang daripada pasangan telah memeluk Islam.

"MCA berpandangan keputusan Kabinet digunakan dalam kes-kes seumpamanya walaupun pertikaian perkahwinan sivil belum selesai," katanya.

Gan berkata, arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet.

Hakikatnya, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Ini, katanya akan mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak.

Sementara itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) turut menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak.

Presidennya Datuk A. Vaithilingam, yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan.

"Kami terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai penukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata persatuan itu mengharapkan lebih banyak perbincangan dan dialog dengan pemimpin-pemimpin Islam mengenai perkara itu.

"Bagi MCCBCHST, kami sedang di dalam proses memohon mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan kami memuji mereka kerana segera menangani perkara ini," katanya. BERNAMA


* Tak perlu komen panjang, rasanya kalian lebih mengetahui. Siapa PM baru Malaysia? dan Apa agendanya? Semoga UMNO@BN Laknatullah terus hancur dari muka bumi Malaysia.

Rabu

Mahathir dan UMNO sudah tidak relevan

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil 7 April, 2009

Parlimen Bukit Gantang = (PAS) Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin




DUN Bukit Selambau + (PKR) S. Manikumar


DUN Batang Ai - (BN) Malcom Mussen Lamoh


Ulasan peribadi :

Pilihanraya pada kali ini adalah amat sengit, dalam keadaan 'mood' rakyat yang masih marahkan kerajaan Barisan Nasional atas prestasinya yang agak teruk sejak akhir-akhir ini. Pilihanraya yang diadakan ketika peralihankuasa dari pimpinan Abdullah kepada Najib dan kemasukan semula mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Mahathir dianggarkan dapat memberi impak kepada kemenangan besar semua calon BN. Impak itu dijangka seperti ketika Abdullah mula-mula menjadi PM pada pilihanraya 2004 suatu ketika dahulu.

Maklumat awal yang saya terima masih memihak kepada Pakatan Rakyat, namun setelah peralihan kuasa Abdullah-Najib dan ucapan penuh retorik Mahathir yang diadakan secara siaran langsung menyebabkan sedikit perubahan berlaku pada minda pengundi dan amat menggusarkan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh tanah air. Maklumat yang saya terima petang kelmarin mengenai situasi Najib yang agak tidak keruan dan mendesak komponen dan jentera BN agar menang dengan apa cara sekalipun menambah lagi kerisauan.

Ditambah dengan pengakuan seorang ADUN BN Perak, Norli Mohd Radzi yang secara spontan terlanjur mengatakan bahawa mereka sedang (merasuah) mengedarkan basikal dan sumbangan kepada pengundi pada saat akhir apabila ditanya oleh pengacara Astro Awani Kamarul Bahrin mengenai strategi akhir UMNO@BN pada pilihanraya Bukit Gantang.

Kalah menang adat pertandingan. PR memang banyak pengalaman kalah, jadi perkara biasalah. Tetapi kali ini agak berlainan. Kekalahan PR kali ini mungkin akan dicanang oleh BN bahawa rakyat menerima kepimpinan Najib, khususnya Zambry di Perak. Bagaimanapun, kemenangan PR kali ini membuktikan rakyat menolak UMNO@BN, khususnya Najib selaku PM dan secara tidak langsung mengiktiraf Dato' Seri Mohd Nizar selaku MB Perak yang sah.

Beberapa perkara yang sempat saya notakan dari beberapa pandangan mengenai pilihanraya ini.

1. UMNO@BN tidak pernah belajar dari kesilapan biar bertukar pemimpin mana pun dari kalangan mereka.

2. Penggunaan ayam pencen 'recycle' di saat akhir lebih memberi kesan negatif kepada UMNO@BN walaupun digambar memberi kesan positif pada mulanya. Ini diakui oleh beberapa penganalisis yang mengatakan bahawa orang Abdullah mensabotaj pilihanraya kali ini kerana merasa dipinggirkan.

3. Gerak kerja Pakatan Rakyat lebih teratur dan berstrategi manakala jentera UMNO@BN agak goyah kerana taktik lama masih digunapakai sedangkan sudah kolot dan pincang.

4. Penyokong PR bekerja dengan ikhlas bagi kemenangan sedangkan bagi pihak UMNO@BN masih berlaku kekecohan dari segi pembahagian ganjaran bekerja.

5. Maklumat kebenaran yang sampai kepada rakyat ibarat air yang mengalir, disekat bagaimanapun, akan tetap mengalir biar dengan memecahkan empangan sekalipun. Maklumat kebenaran itu tidak memerlukan imbuhan walau sedikit pun malahan terpaksa mengeluarkan kos sendiri. Itulah bukti keikhlasan pemberi maklumat dan Allah meredhai.

6. Apa yang terpenting ialah generasi muda lebih memilih pemimpin yang berketrampilan berbanding bersifat kepartian. Apa yang diharapkan ialah pemimpin yang berjiwa merdeka, tidak bersikap partisan dan perkauman yang melampau, tidak memilih bulu di dalam sebarang bantuan dan membawa suara yang realistik dari permasalahan setempat. Ini adalah suatu harapan dari generasi muda dan sikap itu ada pada pemimpin PR.

7. Suasana politik di Sabah dan Sarawak agak berbeza. Dari beberapa orang rakan saya di sana, mereka mengatakan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak akan memilih BN bagi kawasan luar
bandar. Manakala kecenderungan memilih PR adalah di kawasan bandar. Bagi mereka, kawasan luar bandar perlu dibangunkan dahulu oleh BN. Ini kerana mereka menyalahkan BN setelah puluhan tahun memerintah, rakyat Sabah dan Sarawak masih dipinggirkan. Pembangunan hanya akan dilaksanakan pada setiap kali pilihanraya bagi memancing undi. Mereka bukan bodoh untuk ditipu, tidak seperti pengundi dan pencacai tegar UMNO@BN di Semenanjung.

Sabtu

Berundur atau lari dari tanggungjawab



Sekadar bertanya, bagaimana mungkin seorang yang telah menjadi penyumbang terbesar kepada masalah negara bisa mendapat gelaran Tun. Adakah nilai gelaran Tun sudah menjadi kurang bermutu. Bukan cemburu tetapi meluat.


Mengimbas kembali kenangan bersama penerima gelaran Tun hari ini setelah upacara angkat sampah oleh Memanda Menteri baru, Najib Tun Razak. Amat tragis. Datangnya dengan pelbagai janji-janji manis berupa Islam rekaannya, pelbagai koridor dan sejumlah peruntukan yang teramat besar nilainya, berakhir dengan retorik semata-mata. Masih layak bergelar Tun?


Masalah yang ditimbulkan semakin merebak, penuh luka dan kudis dan hampir menenggelamkan UMNO@BN akhirnya ditinggalkan begitu sahaja kepada seorang yang lebih bermasalah. Sudahlah dirinya sendiri bermasalah, ingin pula menyelesaikan masalah negara.


Kecewanya kami. Kami rakyat sentiasa mendoakan Pak Lah agar berubah dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya sebelum berundur. Namun atas sikap tidak bertanggungjawab maka langkah seorang pengecut telah diambil. Berundur atau lari dari tanggungjawab.


Bagaimanapun perkara telah berlaku, Najib telah dilantik menjadi PM sedangkan kes yang melibatkannya belum habis dibicara. Apa yang mampu dikatakan, hanya doa yang dapat kami pohonkan. Semoga Najib diberikan hidayah agar dapat membuat perubahan yang drastik, membersihkan namanya dengan membuat sebaik mungkin pemulihan ke atas masalah negara.


Mendengar ura-ura akan berlaku penstukturan semula kepada barisan jemaah menteri yang diperkecilkan bilangan agar menjadi lebih energetik dari kalangan pemimpin muda. Semoga berlaku sedikit perubahan ke arah keberkesanan pentadbiran.


Saya mendoakan agar beberapa nama tidak dilantik sebagai menteri, jika dilantik pun, akan menambahkan huru-hara dalam UMNO@BN. Mereka adalah Khairy Jamaludin yang akan menambahkan marah rakyat kepada UMNO@BN. Trend perlu ditukar, tidak semestinya Ketua Pemuda memegang jawatan menteri. Rasanya barisan pemuda yang baru ini pun, memang seorang pun tak layak bergelar menteri. Ketuanya pun terbukti perasuah. Terlepas sebab ahli UMNO@BN?


Hishamudin Keris juga tidak layak bergelar menteri. Seingat saya selepas dia dilantik menjadi Menteri Pendidikan kemudian Pelajaran, sistem pendidikan di Malaysia terus menjunam. Banyak masalah sosial dikalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Banyak undang-undang baru dibuat yang semakin menyusahkan golongan pendidik, tetapi agak pelik pula apabila tiba-tiba dia beria sangat mahu golongan pendidik Kumpulan A dibenarkan berpolitik. Kenapa tidak semua sekali? Senang nak cucuk hidung ke? Pendidikan adalah amat penting bagi mencorak generasi akan datang.


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pun patut ditukar. Shaziman ni agak memalukan golongan muda yang dianggap energetik. Tak habis-habis dengan kerja mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau nak sabotaj pun jangan sampai heboh dalam media. Bukankah itu akan memburukkan iemj UMNO@BN yang telah sedia buruk. Lagi meloya rakyat dengan UMNO@BN terutama rakyat Selangor.


Seorang lagi yang tak patut dapat jawatan menteri ialah Sharizat, pelik juga bagaimana Pak Lah beria nak lantik juga Shahrizat walau kalah dalam pilihanraya di kawasannya. Kemenangan dalam pemilihan wanita adalah kerana rasa meluat wanita UMNO terhadap Rafidah, tak lebih dari itu.


Buatlah satu kajiselidik di setiap kementerian secara sulit terlebih dahulu sebelum nak lantik menteri. Ini main letak sahaja, janji boleh dengar cakap. Boleh bekerja atau tidak perkara terkemudian. Jadikan era Pak Lah sebagai satu pengajaran. Bagaimana teruknya susunan barisan kabinetnya. Ibarat kabinet dapur yang tidak kemas cara susunannya, bagaimana dapat bekerja dengan selesa. Bagaimana “delivery system” dapat berjaya.


Tak nak terima Najib jadi PM pun, dah dilantik. DYMM Yang Dipertuan Agong pun kalau tak berkenan pun, kena senyap sahaja, sebab bukan bidang kuasa baginda. Membuktikan kes di Perak, Sultan Azlan pun tak ada kuasa, baginda senyap sahaja, UMNO@BN yang lebih-lebih. Lebih sudu dari kuah.


Apa nak buat, inikan Malaysia. Kita tak suka, orang lain suka. Masalahnya yang suka tu tahu sebenarnya dia tak suka. Dia hanya suka apa yang dia suka. Jadi yang dia tak suka tu dia buat-buat suka walaupun dia tahu orang lain tak suka cara dia itu. Suka hati engkaulah labu!


Semoga kemenangan di tiga kawasan PRK akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan menjadi bukti bahawa UMNO@BN sememangnya ditolak oleh rakyat walau bertukar jawatan Memanda Menteri di tangan siapa pun dari kelompok UMNO@BN. Walau Muhyidin bermati-mati mengatakan PRK kali ini bukan penanda aras bagi penerimaan rakyat kepada UMNO@BN tetapi itulah hakikat sebenarnya.


“Kita merancang, Allah merancang dan perancangan Allah itu lagi sempurna”.

Khamis

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama







Komen: "Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas". Pembaziran itu sebahagian dari amalan Syaitan. Bukankah tabiat merokok itu lebih banyak kepada keburukan.

Isnin

PDRM : Kembalilah kepada fitrah sebenar

Salam ukhwah,

Perhimpunan PPSMI baru-baru ini berkesudahan dengan agak kecoh. Perhimpunan bagi membantah "Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris" yang dihadiri oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu dari pelbagai lapisan masyarakat tidak kira yang berpendidikan tinggi atau rendah, yang berpangkat atau tidak, yang kaya atau miskin, yang berparti atau tidak, tidak kira apa suku kaumnya atau agamanya, masing-masing memperjuangkan keunggulan satu bahasa yang menjadi teras utama komunikasi antara kaum di Malaysia. Kiranya inilah satu alat penghubung dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Perhimpunan yang berlangsung secara aman dan mendapat restu dari pihak Istana Negara, yang dijangka akan berlangsung dengan aman berkesudahan dengan satu tindakan provokasi dan kekecohan oleh pihak PDRM yang seperti biasa mendapat "green light" dari pimpinan UMNO&BN. Sampai bilakah PDRM akan sentiasa menjadi agen dan jentera UMNO&BN? Tidakkah kamu sedar bahawa UMNO&BN akan berkesudahan dan menjadi bangkai dalam masa terdekat nanti. Dimanakah kamu ketika itu?

Saya amat meminati PDRM ketika dibangku sekolah lagi, mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita di kaca televisyen lakonan Jackie Chan dan beberapa aktor yang lain, nampak hebat dan bergaya namun sedikit demi sedikit terkikis apabila meningkat remaja. Mungkin kerana setelah menyedari hakikat sebenar PDRM di Malaysia.

Pernah satu ketika setelah tamat pengajian di UPM saya dipujuk oleh seorang kawan untuk menyertai PDRM yang mana akan ditawarkan jawatan "Inspektor" dengan kelulusan yang ada. Secara spontan saya menjawab "Na'uzubillah". Maaf saya katakan, bukan bermaksud menghina tugas PDRM, tetapi dari apa yang saya lihat, dengar dan baca. PDRM banyak bertindak atas arahan tanpa memikirkan arahan tersebut betul atau tidak. Bagi mereka, menurut arahan adalah lebih utama. Soal kebenaran itu kemudian. Itulah yang terjadi dalam beberapa tragedi di Malaysia satu ketika dahulu. Saya menyeru semua saudara mara, sahabat handai, kenalan dan semua yang menganggotai PDRM supaya bertindak dan bersikap rasional dengan tugas anda.

Pernah saya dimaklumkan oleh seorang sahabat satu ketika dahulu agar menonton sebuah filem hindi lakonan Shah Rukh Khan bertajuk "Phir Bhi Dil hai Hindustani". Di mana di dalam satu babak di dalam filem tersebut bagaimana heronya yang cuba merempuh halangan polis bersama rakyat yang marahkan pemimpin mereka, berarak dan kemudiannya polis yang membentuk halangan diarahkan supaya menembak rakyat yang berarak tersebut. Kumpulan polis tersebut mengeletar dan kemudiannya berkata, "bukan sebab ini kami memasuki Akademi Polis" serta meletakkan senjata. Adakah PDRM akan sampai ke tahap ini. Saya tidak nafikan ada anggota polis yang tidak suka kepada penglibatan dan pengkhianatan ini, namun usaha permurnian tugas untuk itu perlu ada.

Saya amat teruja namun sedih melihat rakaman ini, bagaimana seorang kapten jet pejuang Israel, Yonatan Schapira yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pimpinan Israel yang menipu tenteranya untuk diarah perang di Palestin. Beliau menganggap tindakan tersebut adalah tidak bermoral dan kejam. Pelik tapi benar.




Lihatlah bagaimana kapten tersebut bertindak secara tegas dan rasional terhadap tugasnya, meminggirkan arahan jika arahan itu jelas bertentangan dengan kebenaran. Bagaimana pula dengan sikap anda wahai PDRM? Rakyat tetap rakyat, pemimpin akan bertukar, kebenaran pasti akan tertegak.

http://www.youtube.com/watch?v=Gl13THRLanM&eurl=http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17724&postdays=0&postorder=asc&st

Sabtu

Perjuangan Minah Indonesia

Salam ukhwah,

Saya agak kurang berminat dengan cara perjuangan saudara Hishamudin Rais, biar beberapa kali pernah bersua. Mulanya ketika zaman belajar, saya diajak pergi minum oleh beberapa sahabat di sebuah gerai nasi lemak di Bangsar Utama yang kemudiannya di kenali dengan panggilan "University of Bangsar" oleh para reformis. Bersama dengan beberapa pelakon utama "Teater Tok Ampu". Kemudian bersua dalam beberapa program "Unjuk Rasa" dan akhirnya di sebuah banglo mewah di Ampang bagi program alumni MCOBA, sekadar meneman seorang rakan.

Mungkin kerana personalitinya yang nampak kebaratan menyebabkan saya kurang berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat, tambahan selepas kekecohan di Stadium Kelana Jaya satu ketika dahulu. Bagaimanapun saya selalu mengikuti tulisan beliau melalui beberapa artikel tulisannya. Antara yang menarik minat saya ialah artikel ini.

Agak menarik dan jelas maksud kebenarannya.... (Malaysiakini)


Kalaulah saya juga Minah Indonesia
Hishamuddin Rais | Feb 7, 09 3:59pm

Sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wujud atau mati, orang awam di negara kita akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu.

Manusia di mana-mana pun dalam dunia ini perlu berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak mereka menjadi cara terbaik untuk berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka.

Jutaan tahun dahulu, bunyi-bunyi ini tunggang-langgang sifatnya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ia menjadi tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipanggil bahasa.

Semua ini berlaku tanpa dana daripada Kementerian Pelajaran atau DBP.

Heboh-heboh Bahasa Melayu mula kedengaran kembali di awal tahun ini. Heboh-heboh bahasa dalam negara kita ini macam perangai kelab dangdut: kejap-kejap ada, kadang-kadang hilang. Tetapi selalunya hilang entah ke mana. Macam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Pernahkah para pembaca terdengar nama Gapena (Gabungan Penulis Nasional), Pena (Persatuan Penulis Nasional) dan beratus-ratus jenis kumpulan yang mengakui bahawa ahli-ahlinya bakal penulis, penulis dan sasterawan?

Sesiapa yang tidak pernah mendengar, tidak mengapa. Kita tidak akan dimarahi oleh menteri dalam negeri Syed Hamid Albar atau disaman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nama-nama yang saya tulis di atas itu badan-badan sasterawan Melayu yang "berani" mengakui diri mereka sebagai pewaris, pengembang dan penjaga Bahasa Melayu. Saya cukup sangsi dengan pengakuan badan-badan ini. Telah lama saya perhatikan.

Badan-badan ini lebih banyak dilihat sebagai pembodek kuasa daripada berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu.

Untuk saya, susuk ulung yang trampil dalam mengembangkan Bahasa Melayu pada ketika ialah Minah-minah Indonesia dan bukan badan-badan sasterawan ini.

Cuba perhatikan: Pada ketika ini Minah-minah Indonesia ini berada di setiap pelusuk kota-kota besar di negara kita ini.

Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka.

Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh, kaum proletariat, yang dibawa oleh Minah-minah Indonesia ke sini.

Wajib disedari bukan semua mereka ini Melayu. Ertinya bukan semua bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa, ada Minah Sulawesi, ada Minah Ambon, ada Minah Madura.

Semua suku kaum ini memiliki bahasa khusus masing-masing – bahasa ibunda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita, mereka menggunakan Bahasa Melayu.

Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah rumah Tioghua kelas menengah. Minah-minah Indonesia ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris.

Mereka wajib berhubung, justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan di antara si Minah dengan majikannya.

Tidak dapat tidak majikannya, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris, kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu.

Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah menggunakan Bahasa Melayu. Keadaan ini lebih hebat daripada kempen-kempen penggunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk di poster-poster dan kain-kain rentang.

Biasanya majikan dari kelas menengah memiliki sikap tak ambil endah terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si pembantu ini datang, maka untuk pertama kalinya si majikan "terpaksa" mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.

Tidak ada peranan DBP, Kementerian Pelajaran, Teras (Teras Pengupayaan Melayu) atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semuanya berjalan tanpa akta Parlimen atau riuh-rendah daripada Gapena.

Jika si Minah ini menjadi babu menjaga anak, maka peranan babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan anak kecil ini akan lebih banyak berguli dan berjenaka dengan si anak kecil.

Malah jika diambil nisbah masa, waktu si babu bersama anak lebih banyak berbanding dengan waktu si ibu bersama anak. Si babu Minah Indonesia ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si babu inilah yang akan sentiasa didengar oleh telinga si anak kecil.

Inilah bukti si babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan huhah huhah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat. Atau laporan daripada Kementerian Pelajaran.

Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong. Di kota pulau ini, tanpa dirancang, Tagalog menjadi bahasa kedua rakyat di sana.

Ia berlaku kerana hampir semua babu dan pembantu rumah di Hong Kong didatangkan dari Filipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Filipina ini akan fasih berbahasa Tagalog.

Saya juga sering ke kedai makan dan ke restoran Cina. Saya perhatikan banyak, malah hampir semua, restoran Cina di kota Kuala Lumpur ini mengambil pekerja Minah Indonesia.

Ada yang bertugas di dapur, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah-minah ini tanpa segan-silu bekerja dalam restoran Cina.

Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran Cina, sudah pasti para pelanggan Cina yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan menyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Beginilah pekerjaan pelayan.

Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah pelayan di restoran Cina ini penyebar Bahasa Melayu yang ulung.

Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah Indonesia ini cukup teratur. Lenggok dan lagunya bahasa baku.

Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah sama – tidak mengira apakah si pelanggan seorang apek berseluar pendek atau seorang taukeh berjaket dan bertali leher.

Malah daripada pemerhatian saya, Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah ini lebih baik susunan ayatnya daripada pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhambur dari tekak para pengacara televisyen dan radio kita.

Saya pendukung penggunaan Bahasa Melayu. Saya bukan pembodek bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan, maka saya tidak akan "menonjol-nonjol" untuk masuk ke "bingkai" untuk berdiri di sebelah menteri.

Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya, semua ini kerja bodoh.

Bahasa Melayu, untuk saya, bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai "kebangsaan". Bahasa Melayu milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita berhubung antara satu sama lain.

Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita.

Bahasa Melayu, untuk saya, "bahasa strategik untuk perubahan". Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya penggunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di negara kita ini.

Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan, maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-minah Indonesia yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang.

Saya cukup menghormati Minah-minah Indonesia ini – untuk saya - merekalah pejuang Bahasa Melayu yang tulen.

Meremang bulu tengkuk, dan besar kemungkinan saya juga akan muntah, jika saya disabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya lebih berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indonesia.

Jumaat

Tragedi Perak: UMNO@BN "Checkmate"


Tiada istilah yang dapat digambarkan kepada UMNO@BN ketika ini, di kala kemarahan rakyat kepada makhluk2 ini terlalu memuncak. GOBLOK! TIDAK BERMARUAH!

Perak masih dalam keadaan tergantung dari segi pentadbiran. Bagi rakyat kekeliruan makin terserlah dalam sebarang proses permohonan atau tuntutan. Bagi peniaga dan pelabur, dengan siapa perlu berurusan bagi sebarang ikatan perundangan serta MoU yang bakal disepakati. Mahu berjumpa Zamry takut perjanjian terbatal kerana dia dilantik atas kapasiti Menteri Besar Haram melalui rampasan kuasa. Mahu berjumpa DS Nizar, beliau masih dalam proses perundangan untuk mengembalikan kuasa beliau. Ini amat menyukarkan.

Bahana pengantungan oleh YB Speaker Sivakumar semakin terasa, kuasa sudah ditangan UMNO@BN tetapi tidak boleh digunakan. Bagi Pakatan Rakyat pula, kuasa dirampas, bagaimana mahu menjalankan tanggungjawab. Rakyat yang menjadi mangsa, yang susah rakyat. Semuanya berpunca dari kerakusan UMNO@BN untuk kekal memerintah. Kekal memerintah atas asbab kekal mewah.

Isu yang dibangkitkan selepas "rampasan kuasa" tersebut adalah isu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu padahal isu "rampasan kuasa" itu cuba ditutup. Sejak bila UMNO@BN menjadi pembela Raja-Raja Melayu. Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan dari Baginda Tuanku Azlan melainkan komen dari beberapa pencacai yang tidak bermaruah. Baginda seolah terus senyap selepas "rampasan kuasa" tersebut. Rasanya baginda ada sebab tertentu untuk berbuat begitu dan saya amat yakin komen yang keras di dalam "Buku Pelawat" di laman web baginda bukan tulisan dari penyokong Pakatan Rakyat melainkan provokasi dari pihak berkepentingan.

Khabar mengenai kunjungan wakil UMNO@BN ke England untuk bertemu Queen's Counsel (QC), bagi membincangkan mengenai kes Perak itu membuktikan UMNO@BN telah "checkmate" dalam rampasan tersebut.

Semoga situasi di Perak ini akan tamat sesegera mungkin, kerana selagi situasi ini berterusan, rakyat makin terhimpit dan Perak akan mundur tanpa sebarang pelaburan dalam masa terdekat ini.

Pesanan saya, pastikan semua perbelanjaan yang dibuat ketika Menteri Besar Haram ini memerintah direkodkan sebagai satu kecurian dan rompakan oleh kerajaan haram UMNO@BN.

Tak sabar rasanya menanti YB dari tempat kelahiran bonda saya di Pasir Panjang Laut memerintah semula. Insya Allah......



Ahad

Pendedahan Isu Tanah Di Perak



"Oleh : Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak.

Assalamualaikum, Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.


Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
  1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  2. 5,000 ekar di Bruas
  3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
  5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )
Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

sumber: Ilham Najmi

Kempen boikot majlis anjuran kerajaan haram Perak

Salam ukhwah,

Bermula pada detik ini, saya menyeru semua rakyat Perak khususnya, yang cintakan kedaulatan tanah air ini agar memulakan kempen memboikot sebarang majlis dan keraian yang diadakan di Negeri Perak bermula hari ini.


Kerajaan baru yang ditubuhkan ketika ini adalah hasil taktik kotor musuh rakyat yang cuba mengenepikan suara rakyat sepertimana tertubuhnya negara haram Israel laknatullah suatu masa dahulu.

Daripada rakan-rakan yang berada di dalam UMNO@BN juga hampa dan kecewa dengan tindakan tersebut yang jelas merosakkan prestasi UMNO@BN yang memang dalam keadaan yang tenat ketika ini.


Mereka turut mengecam tindakan Najib yang terlalu gopoh dan goblok mengambil tindakan drastik menerima ahli yang tidak bermaruah untuk bersama mereka. Ini menunjukkan seolah-olah UMNO@BN sentiasa menerima mereka yang bergelar penjenayah sebagai ahli.


Sebelum ini juga, UMNO@BN banyak tersilap langkah dengan mengekalkan mereka yang sentiasa mempunyai kes dan skandal sebagai pemimpin, ditambah lagi dengan ”rampasan kuasa” yang jelas menunjukkan kejahatan UMNO@BN di mata rakyat.


Dr Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang dianggap tidak sah oleh rakyat amat mendukacitakan dan menjatuhkan maruah seorang yang berpendidikan tinggi kerana akur dengan taktik kotor UMNO@BN.

Khamis

Tragedi Februari 2009, Perak : Lompat Vs Hijrah

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”








Memang sesuai permasalahan yang berlaku di Perak sehari dua ini dinamakan sebagai "tragedi". Satu tragedi yang amat memilukan bagi rakyat yang cintakan perubahan, dari satu corak pemerintahan yang zalim dan tidak bermaruah ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Bukan seperti retorik "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" yang akhirnya lebih kepada peningkatan "Jembalang". Mungkin definasi ini tidak sesuai bagi pemimpin politik tetapi bagi rakyat ia merupakan tragedi apabila kerajaan yang mereka harapkan tiba-tiba dirampas begitu sahaja.

Rakyat yang cuba sedaya upaya untuk berhijrah pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, akhirnya dikhianati oleh 4 "jembalang" yang penuh kekotoran dan kejahilan. Melompat dengan penuh angkuh dan tidak bermaruah sedangkan perut mereka memboyot, penuh dengan hasil rasuah. Tidakkah mereka sedar, perut yang sedang memboyot itu jika terkena duri maka akan terburailah segala kekotoran dan najis yang mereka cuba pendam selama ini.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat Bebas. Seorang lagi, Dato' Nasaruddin Hashim (UMNO-Bota) yang menyertai PKR selama 11 hari juga telah mengisytiharkan kembali semula kepada Umno.

Apa yang pelik ialah 2 Adun yang hilang tanpa pengetahuan keluarga selama beberapa hari tetapi tiba-tiba muncul dengan alasan cuti sakit. Seorang lagi sekejab keluar sambil mengutuk sekeras-kerasnya parti sebelumnya tiba-tiba masuk balik. Yang seorang lagi pula, entah apa masalahnya tiba-tiba ikut sama.

Media begitu meriah pada hari ini seolah-olah merayakan kemenangan Barisan Nasional di Perak. Seolah-olah cara mereka itu amat hebat, berjaya menawan semula Negeri Perak, biar dengan cara kotor sekalipun tanpa memikir perasaan rakyat jelata yang sentiasa memerhati gelagat pemimpin negara yang sejak akhir-akhir ini agak jelek dan rakyat semakin benci kepada mereka.

Dikalangan penyokong dan pencacai UMNO@BN, cara itu adalah wajar, namun terdetik juga di hati mereka, tentunya UMNO@BN akan dikenang sebagai lagenda parti yang rakus dan tidak bermaruah di suatu masa nanti. Apakan daya dalam keadaan yang terdesak sekarang maka cara tersebut dihalalkan. Ibarat seekor binatang yang mengelupur sebelum nafasnya hilang. Hentakkannya akan lebih kuat dan menonjol, kemudian senyap membisu.

Mereka juga beranggapan dangkal, kenapa Anwar boleh, UMNO@BN tak boleh?. Persoalan itu bermain di benak mereka yang memang sentiasa 'benak".

Di sinilah konsep "hijrah" dan "lompat" mempunyai makna yang tersendiri. Memang patutlah dua orang lama dalam UMNO@BN sendiri menganggap cara yang dilakukan ini, sungguh keterlaluan dan mengecewakan. Adakah Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaliegh begitu cetek pemikiran untuk berkata sedemikian walaupun mereka dianggap sudah nyanyuk dan sebagai orang kecewa oleh pemimpin baru UMNO@BN. Nampaknya pemimpin baru mereka terlupa untuk cermin diri mereka sendiri.

UMNO@BN bukanlah UMNO@BN seperti satu ketika dahulu. UMNO@BN sekarang penuh dengan kudis dan kusta yang jelas dapat dilihat oleh rakyat jelata. Orang luar yang melihat agak jijik, inikan pesakitnya sendiri. Maka mereka memerlukan satu "treatment" yang dapat mengubati penyakit itu, maka perlunya berhijrah ke arah yang lebih baik bagi tujuan tersebut. Lagipun mereka sedar, dan saya yakin semua orang kuat UMNO@BN sedar, mereka menang atas dasar penipuan, bukan atas dasar sokongan rakyat. Maka tidak hairanlah dikhabarkan sebelum ini ramai pemimpinnya yang agak ikhlas cuba berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Sedangkan tabiat melompat adalah bagi mengelakkan sesuatu atau mendapatkan sesuatu. Dalam situasi ini, dikhabarkan mereka melompat untuk mengelak dari dihadapkan ke mahkamah dan ada juga dikhabarkan kerana mendapat imbuhan yang tinggi. Walaupun tempat mereka berpijak sekarang, mereka sendiri selesa, namun sikap tamak menjadikan mereka sentiasa melompat. Apapun juga khabarnya, mereka tetap pengkhianat kepada rakyat mereka.

Situasi di Perak ketika ini semasa artikel ini ditulis agak goyah, Pakatan Rakyat dan BN masing-masing berusaha untuk meminta perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Dato' Seri Nizar yang mewakili Pakatan Rakyat memohon perkenan daripada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, manakala Najib selaku Pemangku BN Negeri Perak memohon perkenan daripada Sultan untuk membentuk kerajaan baru.

Dalam masa yang sama ketika ini satu perhimpunan "Munajat Perdana Mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak" sedang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak yang dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan puluhan ribu rakyat yang inginkan keadilan ditegakkan di bumi Malaysia, Perak khasnya.

Secara peribadinya saya dapat merasakan bahawa di pihak UMNO@BN juga tidak pasti samada rancangan mereka ini akan berjaya. Mereka juga tidak pasti apa yang bakal berlaku. Mereka juga turut menunggu keputusan muktamad dari Sultan Perak.

Bertawakkal kepada Allah. Apapun yang berlaku, maka terserahlah kepada Allah SWT. "Kita merancang, Allah juga merancang, maka Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan".

Sabtu

P36 Kuala Terengganu : UMNO yang retak, menanti belah


Ya Allah,

kami letakkan Mu di batang leher musuh kami,

dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka,


Ya Allah,

leburkan kumpulan mereka,

cerai beraikanlah pakatan mereka,

goncanglah pendirian mereka,

hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka,


Wahai Tuhan yang penuh raksaksa,

Wahai Tuhan yang gagah perkasa,

Wahai Tuhan yang bersifat murka,


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang menggerakan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,

kalahkan mereka, menangkan kami ke atas mereka


Tinggal beberapa jam lagi untuk masa membuang undi di PRK P36 Kuala Terengganu. Walaupun tidak berkesempatan untuk ke sana, namun perbualan telefon dengan beberapa sahabat yang dari awal lagi berkubu di sana terasa amat melegakan. Dapat juga mengetahui maklumat terkini di sana.

Kuala Terengganu, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain. Teringat ketika zaman di KUSZA dahulu, bersama teman-teman berusrah, bertamrim dan acapkali juga merayau-rayau memahami selok belok jalan di sana suatu ketika dulu. Sesekali terlajak dengan motosikal sampai ke PUTIK, Kelantan.

Mendengar pada mulanya bahawa saudara Wahid Endut dicalonkan di P36 menaikkan semangat saya. Memang PAS tidak silap memilih calon. Saya selalu mengikuti perkembangan Saudara Wahid Endut ketika zaman belajar lagi. Pernah menziarahi beliau di rumahnya melalui seorang sahabat baik saya yang merupakan orang kuat Persatuan Penjaja di Kuala Terengganu. Beliau merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi dalam kepimpinannya. Mempunyai 'grassroot' yang baik di kawasan beliau. Mudah didekati dan yang penting istiqamah dalam perjuangan beliau. Jadi tidak hairanlah beliau dicalonkan.

Memang pada mulanya semua beranggapan bahawa saudara Mohd Sabu akan dicalonkan dan itu menjadi sebab UMNO melalui Pak Lah beria-ia mencalonkan Wan Farid, jadi isu orang luar boleh dimainkan. Namun telahan mereka silap dan itu adalah satu pendekatan positif PAS.

Sehari selepas penamaan calon, saya berjumpa dengan beberapa kenalan yang merupakan orang kuat UMNO, mereka dari awal lagi merasakan UMNO akan kalah. Bagi mereka calon yang diketengahkan merupakan proksi Khairy dan Pak Lah sendiri tanpa menghiraukan permintaan UMNO Terengganu sendiri.

Kalau dahulu, Allahyarham Datuk Razali masih boleh diterima oleh rakyat tempatan atas sebab peribadi allahyarham sendiri walaupun di peringkat DUN ternyata calon PAS lebih mendapat tempat. Bagaimanapun calon Wan Farid ternyata calon yang tidak disukai oleh akar umbi UMNO Terengganu sendiri.

Tambahan pula isu Hudud cuba dimainkan oleh UMNO pada mulanya menjadi senjata makan tuan. Isu itu dimainkan bagi mengeruhkan hubungan antara rakan pakatan dalam Pakatan Rakyat namun isu itu sendiri menyerlahkan UMNO sebagai Anti Islam. Hujahnya cukup mudah, kenapa UMNO cukup benci hudud sedangkan mereka mengaku mereka sendiri sebagai Islam? Sudah terang lagi bersuluh.

Apapun semoga ketika terbitnya matahari beberapa jam lagi, maka rakyat Kuala Terengganu diberikan hidayah oleh Allah SWT agar membuat pilihan yang tepat. Semoga kebangkitan semula UMNO yang sangat tenat ketika ini tidak menjadi kenyataan seperti yang dilaungkan oleh beberapa ayam pencen 're-cycle' baru-baru ini.