"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Selasa

Barisan Nasional yang terdesak




Salam Ukhwah,

Semakin hampir dengan pilihanraya, maka semakin teruk dan tidak bermaruah kempen oleh Barisan Nasional. Belum pernah terjadi kempen dan strategi yang paling kotor sebelum ini tapi dapat dilihat pada kali ini.

Selang beberapa minit tayangan di TV, ditayangkan pula klip bangang dan terdesak mereka. Melewati lebuhraya, hampir semua 'billboard' membentang banner keji mereka (termasuk 'billboard' yang dibentang oleh orang lain, mereka tampal poster mereka di situ). Sebarang majlis yang dianjurkan oleh mana-mana pihak dari Kementerian dan Agensi disalahguna sebagai medan kempen. Ini membuktikan betapa kuat impak dari manifesto pembangkang.

Strategi Khairy dalam strategi BN

BN bukan sahaja bermasalah dengan pembangkang, namun kesan jangka panjang yang memberi impak negatif kepada mereka. Dapat diperhatikan bahawa calon BN kali ini terdiri dari golongan muda yang dikatakan ada hubungan dengan Tok Dalang @ Raja Beruk itu. Target Khairy ialah dalam Pemilihan Agung UMNO nanti. Undi BN dikalangan golongan Khairy bererti undi bagi melayakkan penyangak tersebut menjadi pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Bila sudah ke tahap itu, dia tidak perlu risau kerana bapa mertuanya itu hanya mengikut arahannya. Sebagai gurauan "Pak Bedol itu walaupun dianggap lemah namun beliau sebenarnya hebat, mana ada manusia yang mampu berkawan, berkahwin dan berbicara serta hidup dengan Jin. Dia boleh...".

Kesan sepanduk dan vcd pendedahan Mahathir

Pendedahan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini amat memberi impak yang baik kepada pembangkang. Saya dan rakan-rakan terlibat dalam mengedarkan vcd pendedahan tersebut. VCD itu turut ditonton oleh pengundi BN dan atas pagar. Ini adalah sebagai usaha kami yang kebetulan ada maklumat yang mengatakan pihak BN telah mengeluarkan vcd atas tajuk tersebut. Kesannya agak memberangsangkan.

Mengutus email

Strategi ini pernah saya utarakan sebelum ini, tapi kali ini perlu lebih agresif. Sebagai contoh dengan menghantar gambar-gambar Pak Bedol yang memeluk Michelle sebagai bukti kecurangan Amirul Hadhari.Semoga semua usaha kita akan mendapat keberkatan Illahi. Takbir





4 Mac 08

Tiada ulasan: