"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Selasa

Isu Soi Lek: Pemimpin BN disaran bawa cermin

"Bak kat Aziz Desa,"Cermin-cerminlah diri anda". Para pemimpin BN disaran membawa cermin bagi mencermin diri mereka sendiri.

Berikutan kecohnya isu DVD Soi Lek yang diedar kepada orang awam, hampir semua pemimpin BN menyalahkan Soi Lek seolah-olah kesalahan yang besar yang dilakukan oleh beliau dalam sejarah BN. Padahal isu moral dalam BN itu sendiri sudah sebati. Malang bagi Soi Lek ialah gambarnya dirakam dan dijangka oleh rakan-rakan penulis bukan dilakukan oleh pembangkang tetapi oleh kalangan mereka sendiri. Perancangan yang diatur tidak dapat dihidu olehnya.

Dari beberapa rakan penulis, beberapa kemungkinan yang terjadi. Soi Lek adalah amat tidak bijak apabila melakukannya ditempat yang sama dan biasa baginya dan itu jelas memudahkan musuh dalam selimut menjeratnya atau kemungkinan digoda oleh gadis yang diupah. Apapun hakikatnya, maksiat itu adalah sebati dengan pemimpin-pemimpin BN, cuma beza, pemimpin yang lain bernasib baik tidak diambil gambar mereka ketika melakukan kerja-kerja terkutuk itu. Bagaimanapun ada yang hampir-hampir ke arah itu, termasuk pemimpin tertinggi BN yang gagal mengawal nafsunya meraba bahu pelakon terkenal suatu ketika dulu, namun itu mungkin kerana natijah dari kematian isterinya.

Perkara itu biasalah, walaupun sebelum ini rakyat didedahkan dengan pelbagai kes melibatkan pemimpin-pemimpin seperti Rahim Thamby Chik dll. namun sokongan masih tidak berbelah bahagi dari rakyat kepada mereka.

Bagaimanapun, Soi Lek lebih bermaruah berbanding pemimpin BN yang lain. Sekurang-kurangnya beliau mengaku. Beliau tidak lupa membawa cermin bersamanya. Itu mungkin signal kepada pemimpin BN yang lain agar mengaku apabila melakukan kesalahan dan apa yang lebih penting, BERUNDUR."

4 Jan 08

Tiada ulasan: