"Salam Ukhwah,
Hari ini jumaat dan tinggal satu lagi jumaat sebelum pilihanraya. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk menyampaikan dakyah dan tipu daya bagi menyesatkan rakyat bagi memberi undi kepada mereka.
Maka akan kedengaranlah di dalam khutbah oleh orang suruhan mereka canang-canang yang mengatakan kehebatan BN dan jasa baik mereka selama ini. Kononnya supaya rakyat sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada mereka.
Tidakkah mereka sedar betapa nabi Musa AS yang dibesarkan oleh Firaun, menentang Firaun apabila dewasa. Hujah bodoh jenis apakah yang mereka gunakan supaya rakyat masih menerima mereka.
Para khatib! saya merayu, fahamilah teks khutbah yang akan dibaca, anda boleh mengubahnya, berkhutbahlah dengan sebenar-benarnya dari ajaran Islam yang hakiki atau anda akan berdepan dengan azab dari Allah secara qata'e. (Azab terus di dunia).
29 Feb 08
Tiada ulasan:
Catat Ulasan