Antara langkah yang saya gunakan sebagai kempen saya ketika hampir pilihanraya ini ialah dengan menghantar e-mail kepada semua kenalan saya tidak mengira apa fahaman politik mereka sekalipun.
Langkah ini diharap lebih efektif kerana tidak semua orang minat membaca blog. Antara tulisan saya melalui e-mail tersebut adalah seperti berikut:
Salam Ukhwah…
Dalam keadaan yang agak sibuk sekarang, kiranya sempat saya menulis e-mail ini buat sahabat-sahabat semua. Kerana memikirkan keadaan yang agak gawat dan pincang sekarang.
Terdetik di hati ini, betapa mencabarnya kehidupan yang akan datang bagi kita dan generasi seterusnya. Ibarat kita di dalam sebuah kapal yang menuju ke destinasi yang tidak pasti kerana terdapat dua nakhoda yang berlainan arah tuju.
Walaupun tidak pasti destinasi yang perlu dituju, bekalan tetap perlu dibawa bersama. AIR! ya, itu amat diperlukan. Nakhoda di atas kapal mengarahkan kelasi dan penumpang di atas untuk menghulurkan timba mengambil air di lautan, manakala nakhoda di bawah merasakan kenapa perlu bersusah-susah ke atas, tebuk sahaja lubang di bawah kapal, bukankah lebih dekat dengan air. Apa tindakan kita????? Arahan mana yang perlu diikut???
Nakhoda di atas ibarat seorang pemimpin yang mahu menuju ke destinasi yang abadi, mengajak kelasi dan penumpang mengikut segala panduan yang diberikan biarpun agak sukar. Namun kesannya adalah untuk kebaikan semua.
Nakhoda di bawah pula ibarat seorang pemimpin yang mementingkan diri sendiri, tidak pedulikan apa yang bakal terjadi kelak, asal dia dapat merasakan keseronokan sementara. Dia mengharapkan semua orang mengikut arahannya, jika tidak, hukuman akan diberikan.
Begitulah hakikat keadaan agama, bangsa dan Negara kita sekarang. AYUH!!!! Fikirkanlah!!!!
Jangan kerana sedikit imbuhan, maka maruah kita digadaikan. Buktikan bahawa kita manusia bermaruah dan bertanggungjawab. Daftar mengundi dan buat pilihan yang bijak. Saya menyeru semua sahabat-sahabat, sesungguhnya di akhirat nanti kita akan ditanya apa perjuangan kita untuk agama kita dan siapa pemimpin kita.
Bila dikatakan, siapa yang layak memerintah selain daripada yang sedia ada, bagi saya, sepertimana kita menjalani proses temuduga, jika kerana tidak diberi peluang pada mulanya masakan kita boleh memegang jawatan yang kita jawat sekarang dan boleh pula berjaya.
Isu siapa yang layak memerintah tidak peluang, bagi sahaja peluang, selepas 5 tahun kita kita boleh tukar. Sebagai tanggungjawab saya, maka saya menghantar email email ini kepada semua sahabat-sahabat semoga terbuka hati saudara-saudari sekalian.
Saya rasa cara ini lebih menyeluruh dari menulis di dalam blog. Semoga ini menjadi bukti perjuangan saya untuk agama Allah SWT. Jazakallahu khairan jaza.
6 Jan 08
Tiada ulasan:
Catat Ulasan