"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Selasa

Pejuang BA - Jangan Terlalu Yakin

Salam Ukhwah,

Perkembangan mutakhir ini amat memberangsang- kan bagi kejayaan Barisan Alternatif. Beberapa isu panas yang timbul dalam sehari dua ini tentang perpecahan besar dalam Regim UMNO dan Barisan Nasional dijangka memberi impak yang baik kepada Barisan Alternatif.

Isu Shahidan

Shahidan Kassim dianggap sebagai 'Robin Hood' oleh sebahagian besar rakyat Perlis. Penulis pernah berasa kagum dengan sumbangannya kepada rakyat Perlis yang tak putus-putus. Boleh dikatakan dalam bulan Ramadhan, selama sebulan itulah rakyat Perlis akan diberikan pelbagai bentuk hadiah tidak mengira parti atau kaum. Ini belum dikira sumbangan beliau kepada pelajar-pelajar. Perkara ini belum pernah dibuat oleh mana-mana Menteri Besar BN selama ini.

Bak manifesto penjajah Jepun satu ketika dulu,'Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat' cuma perlaksanaannya yang lain. Dia seperti pemimpin BN yang lain merompak juga hak rakyat, cuma dia seorang yang berbesar hati menyumbang kembali sebahagian kecil harta rompakannya kepada rakyat.

Jadi tidak hairanlah jika, Dato' Dr Harun Din sendiri bersetuju jika PAS tidak memerintah baik dikekalkan MB lama.Pengguguran namanya di saat akhir pilihanraya menunjukkan betapa bodohnya Amirul Hadhari dan impaknya amat besar kepada UMNO Perlis. Alhamdulillah, ia membuka jalan untuk BA menerajui negeri ini.

Isu Idris Jusoh

Idris Jusoh adalah orang yang begitu kukuh di belakang Amirul Hadhari dalam menerangkan definasi Islam Hadhari (Ajaran Sesat Lagi Menyesatkan) di kala tiada seorang menteri UMNO pun yang faham apakah bentuk ajaran baru itu.. Dia yang paling aktif menyebarkan Islam Hadhari di bumi Malaysia ini, maka dari dialah wujudnya Perkampungan Hadhari dan pelbagai bentuk Hadhari lagi.

Walaupun Amirul Hadhari telah menarik balik nama Wan Farid setelah diugut olehnya, namun sudah tercalar hatinya dan hati UMNO Terengganu. Dipilih setelah diugut. Isu-isu negeri lain juga tidak kurang hebatnya.

India tidak akan bagi undi pada BN

Kelmarin, saya singgah sebentar di Bilik Gerakan Keadilan Kota Damansara (Sivarasa), saya sempat mengambil beberapa risalah-risalah penting untuk diedarkan. Semalam saya sempat minum-minum petang bersama beberapa rakan kaum India di Shah Alam. Mungkin agak pelik, saya hanya kenal seorang sahaja dari mereka, dan dia memanggil beberapa rakan-rakannya yang lain, lebih dari sepuluh orang semuanya. Seram sejuk juga nak kempen, al-maklumlah banyak cerita negatif yang saya dengar sebelum ini. Alhamdulillah, mereka amat tertarik dengan sebarang bentuk maklumat. Mereka duduk dan membaca risalah yang saya bawa.

Salah satu daripada risalah itu menceritakan tentang perjuangan 5 orang peguam HINDRAF yang sama ceritanya dengan cerita Mahabrata. Secara singkat, Mahabharata menceritakan kisah konflik para Pandawa lima dengan saudara sepupu mereka sang seratus Korawa, mengenai sengketa hak pemerintahan tanah negara Astana. Puncaknya adalah perang Bharatayuddha di medan Kurusetra dan pertempuran berlangsung selama delapan belas hari. M

Mereka semua agak tertarik dan daripada mereka saya mengetahui bahawa mereka memang sudah lama tidak menyokong BN dan mereka juga telah mendapat maklumat dari rakan mereka di Kelantan yang memuji-muji kebaikan TG Nik Aziz kepada semua kaum di sana. Saya sempat mencerita beberapa kaedah yang digunakan di Kelantan bagi perpaduan kaum dan membasmi kemiskinan di sana. Salah satu daripadanya ialah cerita mengenai Jamnapari yang diberikan kepada rakyat miskin di sana secara pawah tanpa mengira kaum dan parti politik serta projek ladang rakyat.

Mereka amat bersetuju, kalau bagi duit habis. Bak kata pepatah Cina, kalau kamu tolong dengan memberi ikan nescaya dia makan ikan itu, tapi berilah pancing dan ajar dia cara menangkap ikan, nescaya ia tidak kelaparan selamanya.Mereka amat berharap BN kalah, jika masih menang mereka amat bimbang keselamatan mereka. Sambil tersenyum mereka berkata, "Kalau BN menang, kita lari Kelantanlah".

6 Jan 08

Tiada ulasan: