"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Selasa

Pak Lah Patut Kekal PM


Salam Ukhwah,

Firman Allah SWT, “Apabila telah datang pertolongan dari Allah dan juga kemenangan, maka kamu akan lihat manusia masuk ke dalam agama Allah secara berbondong-bondong”. Benarlah firman Allah itu, rakyat sudah semakin cenderung kepada pemerintahan yang lebih jujur, ikhlas dan beramanah.

Mereka sudah mula sakit telinga dan mata mendengar cerita dongeng BN dan melihat maksiat yang dilakukan. Ini terbukti dengan kemenangan Barisan Alternatif di enam (6) buah negeri. Walaupun pada ketika ini, masih terdapat beberapa buah negeri masih kurang peka.

Kepada semua petugas, penyokong dan pengundi Barisan Alternatif, ingatlah, kita semua terlibat dalam menentukan hala tuju negara kita. Walaupun tidak dibayar sesen pun atas usaha kita, Allah akan membalasnya. Itu tidak perlu kita ragui.

Fasa Pemerintahan Negara

Malaysia telah mengalami beberapa fasa dalam sejarah pembentukannya seterusnya beberapa fasa lagi hingga ke hari ini. Daripada zaman kegemilangan, penjajahan dan pembentukan kerajaan sekular dan insyaallah akan membentuk sebuah kerajaan Islam. Ada hikmahnya, bila mana kita berada dalam kerajaan yang bergerak maju dari sudut materialistik, zaman salah guna kuasa, zaman kejahilan dan kezaliman pemerintah dan zaman pertukaran ketika ini.

Di zaman pertukaran inilah kita berupaya memuhasabah diri dan menilai cara bentuk kerjasama yang patut kita laksanakan disamping memberi imej baik kepada masyarakat bukan Islam bagi mengetahui ajaran Islam yang sebenar. Di sinilah kita mula semai hakikat kebenaran agama Islam dan mewujudkan idol dan ikon pemerintahan Islam. Apa yang merunsingkan orang bukan Islam ialah apabila Islam memerintah tanpa mereka memahami konsep pemerintahan Islam itu sendiri. Ini hádala disebabkan kerajaan BN dan rejim-rejimnya memberi maklumat yang salah tentang Islam itu sendiri. Alhamdulillah sejak akhir ini, kefahaman ke arah itu telah ada dengan menjadikan pemerintahan Kelantan sebagai qiblat pemerintahan.

Pak Lah patut kekal PM

Memang agak kecewa jika orang yang kita tidak sukai menjadi PM kita, tetapi faktor Pak Lah yang memberi impak yang baik kepada pembangkang. Ini kerana jika PM bertukar tangan, rakyat akan ragu-ragu tentang bentuk pemerintahan yang bakal dilaksana dan terus menyokong sebagaimana yang terjadi semasa pertukaran kerajaan Mahathir-Pak Lah dahulu.

Pak Lah dan muka tebalnya

Signal yang diberikan oleh Koh Tsu Koon dan Ong Ka Tim sebenarnya amat jelas. “Kami meletak jawatan kerana atas dasar tanggungjawab kami atas kekalahan yang kami terima”. Dan yang terpenting, “Ini kerana pengundi menunjukkan rasa protes dan tidak suka kepada kerajaan(Pak Lah)”. Pak Lah sepatutnya peka dengan kekalahan ini, namun dia tetap menebalkan mukanya. Adakah dia tidak peka atau tidak ada maruah? Jenis manusia apakah ini? Inikah yang patut dijadikan pemimpin?.

Cadangan agar Shahidan dan Idris Jusoh jadi PM

Shahidan dan Idris Jusoh, dua nama yang digugurkan pada mulanya tetapi mampu mempertahankan negeri masing-masing. Hingga ke saat ini gagal mengangkat sumpah menjadi MB. Mereka patut berebut jawatan dengan Pak Lah untuk menjadi PM. Ini kerana Pak Lah sendiri gagal mempertahankan negerinya sendiri bahkan negeri-negeri yang agak maju berbanding yang dimenangi BN. Ucapan mula Shahidan itu patut Pak Lah ambil sebagai nota bahawa beliau sanggup membersihkan BN yang mana Pak Lah tidak mampu perbuat.

Ibu Negara Malaysia milik kami (Barisan Alternatif).

Semua kepimpinan BN perlu ketahui bahawa ibu negara Malaysia kini milik kami. Kami bebas berhimpun dan melakukan aktiviti di sini. Dan kalimah yang kami nantikan sebelum ini ialah, “Kesian Pembangkang” mampu kami ucapkan bilamana BN sudah menjadi pembangkang di sini juga di beberapa negeri lagi. Program ceramah dan solat hajat kami akan lakukan di Stadium Melawati dan Stadium Bukit Jalil sebagaimana Kelantan adakan. Terima Kasih BN.

Penghapusan tol dan Lease Hold bagi rumah kediaman.

Perkara yang paling utama selepas pembangkang memerintah di Selangor ialah menghapuskan tol sebagaimana Terengganu lakukan dahulu. Kediaman dengan taraf “Lease Hold” juga perlu ditukar kepada “Free Hold”. Ini akan memberi impak yang baik kepada rakyat dan mereka akan berkata, “Kalau dari awal-awal lagi aku sokong BA, bukankah bagus”. Berkenaan harga minyak dan harga barang perlu diperjelas sebaik mungkin. Impak ini akan menjadi bukti ketelusan BA dan Insyallah sebuah negara Islam akan tertegak juga di bumi kita yang tercinta ini. Amin

13 Mac 08

Tiada ulasan: