Bumiputera ditafsirkan sebagai Melayu dan merupakan golongan yang sering dikecam dengan pelbagai isu. Baik masyarakat dan pihak Kerajaan. Tidak dapat dinafikan memang ada berlaku perihal negatif tetapi yang positifnya cuba dinafikan. Baik dari segi kebejatan sosial mahupun bidang ekonomi. Sering ditafsirkan golongan yang lemah dalam pelbagai aspek.
Hakikatnya, melayu bumiputera yang jelas cuba bangun dari stigma masyarakat itu terus diperlekeh dan dikesampingkan.
Bagi yang bakal menjadi usahawan, pelbagai tawaran diberikan sebagai gula-gula yang dianggap menyenangkan tetapi apabila menceburkan diri barulah tahu samada langit itu tinggi atau rendah.
Keadaan ekonomi Melayu ketika artikel ini agak teruk berbanding 2004 sebelumnya walaupun begitu agresif dinafikan oleh sesetengah pihak. Masalah ekonomi yang melanda menyebabkan berlakunya VSS dan downsizing ke atas pekerja swasta dan menjadi alternatif mereka untuk berniaga. Dengan modal yang agak sedikit dan sulit mereka terpaksa memulakan perniagaan. Di sinilah peranan kerajaan dianggap sepi. Pinjaman hanya mudah bagi kakitangan kerajaan tetapi bagi swasta terasa agak susah sedangkan kakitangan kerajaan tidak memerlukan modal perniagaan (tidak semua). Hampir kesemua bank memberikan alasan dan meminta terma yang agak mengarut. penolakan demi penolakan diterima. Itulah yang menjadi alasan mengapa lebih ramai yang meminjam daripada ALONG.
Setelah mendapat projek, agak susah juga menerima pinjaman walaupun surat tawaran dari kerajaan. kalau dahulu boleh diuruskan tetapi tidak sekarang, bank memerlukan cagaran untuk contract financing tersebut, seolah-olah pihak bank hilang kepercayaan kepada kerajaan. Bila projek dilaksana, bayaran balik pula agak lambat.
Tekanan demi tekanan dikenakan oleh kerajaan kepada usahawan ini, kelewatan pembayaran KWSP/SOCSO dikenakan ugutan dan denda. Kelewatan menghantar audit juga dikenakan ugutan dan denda. Pelbagai masalah dihadapi semuanya menghadapi masalah yang sama. Tidakkah kerajaan tahu masalah yang peniaga hadapi ketika ini atau tidak adakah link antara persatuan peniaga dengan kerajaan atau mereka merasa lebih selamat mengampu kerajaan.
Adalah tidak adil, di satu pihak agak lembab mengurus manakala di satu pihak agak agresif memberi ugutan dan mengenakan denda.
Kata kawan-kawan saya, semuanya dapat diselesaikan, mudah sahaja, RASUAH AJE. Adakah itu alternatif yang perlu bagi peniaga yang berteraskan Islam?? Kenapa itu yang perlu menjadi alternatif.
Adakah semua yang berniaga perlu mengamalkan rasuah? Itukah yang kerajaan mahukan?USAHAWAN BUMIPUTERA yang sebenarnya bagaimana? Yang dijanjikan bantuan dan peruntukan oleh kerajaan. Kenapa masih ramai yang mengeluh sedangkan mereka juga bumiputera.
25 May 07
Tiada ulasan:
Catat Ulasan