UMNO kini bukan sahaja berdepan dengan pembangkang, namun ketelusan dikalangan ahlinya boleh diragui dan dipertikai. Pengkhianatan dikalangan ahlinya bak gunting dalam lipatan adalah lebih berbahaya dan berbisa dari isu pembangkang.
Telah ada usaha untuk mencuri ahli UMNO sendiri dari kawasan DUN dan Parlimen lain telah giat diusahakan. Nampaknya usaha menarik golongan atas pagar dan golongan pembangkang telah agak sukar bagi mereka, natijahnya menyebabkan cara baru itu dipergunapakai. Penulis merasakan kaedah baru bagi memperkukuhkan kedudukan itu agak keji dan melampau serta mementingkan diri sendiri dari menjaga kepentingan parti dan orang melayu.
Bagi penulis pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bijak mengambil hati rakyat tidak kira apa bangsa, agama dan parti. Memanglah keperluan parti lebih utama tetapi dalam usaha menarik rakyat pendekatan lebih berhemah amat diperlukan. Rakyat lebih bijak di akhir ini. Mereka lebih memilih pemimpin dari parti. Inilah ketikanya pemimpin perlu turun padang mengambil hati rakyat.
Malangnya akhir ini, peruntukan yang diberikan kepada rakyat melalui pejabat UMNO telah disalahguna. Syaratnya bukan sahaja ahli UMNO seperti biasa tetapi sudah ada syarat baru. MESTI ahli UMNO kawasan tersebut dan MESTI tukar tempat mengundi di tempat tersebut. Syarat pertama memang agak biasa bagi UMNO tapi syarat kedua itu sungguh luar biasa dan agak keji. Bagaimana bagi orang luar yang ada kepentingan di kawasan sendiri, di DUN dan Parlimen sendiri tapi menetap di kawasan mereka. Tidakkah tindakan tukar kawasan mengundi akan menggugat pemimpin yang sedia ada dan merosakkan parti mereka sendiri.
Tidak hairanlah apabila pilihanraya ada pemimpin UMNO yang tiba-tiba kalah dalam pilihanraya kerana pengikutnya telah dicuri. Penulis pernah meminta pengesahan borang melalui UMNO Bahagian Subang di pejabatnya di Kota Damansara. Perkara yang telah dinyatakan di atas telah berlaku. Seorang kerani perempuan melayu, gempal, gelap dan agak kasar mengatakan syarat pertukaran tersebut. Dia mendapat arahan dari Setiausaha Bahagian. Bila penulis berkata ingin berjumpa terus dengan Dato’ Mokhtar, jawapannya agak mendukacitakan dan berbaur sombong dan angkuh.
25 Julai 07
Tiada ulasan:
Catat Ulasan