"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Rabu

Pencen : Jangan sekadar gimik

Membaca artikel Utusan Malaysia tersebut saya amat berasa tersentuh dan berbesar hati atas langkah yang pihak kerajaan telah ambil bagi mengenang jasa dan yang terpenting mengurangkan beban kos sara hidup bekas-bekas pesara kerajaan yang juga merasai beban kenaikan kos ekonomi walaupun saya tidak mempunyai adik beradik yang pernah bekerja di dalam kerajaan. Langkah ini adalah wajar dan perlu samarata dan yang terpenting sampai kepada golongan terbabit.


Kerajaan belanja RM9 bilion untuk pencen tahun depan
UTUSAN MALAYSIA 24/12/2008


PUTRAJAYA 24 Dis. - Kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM9 bilion termasuk peruntukan tambahan RM1.3 bilion pada tahun depan bagi melaksanakan beberapa dasar baru skim pencen kakitangan awam yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Kiong berkata, selaras perubahan dasar tersebut, seramai 590,000 pesara dan penerima pencen terbitan akan menikmati kenaikan kadar pembayaran pencen sehingga 71.4 peratus mulai Januari tahun depan.


Beliau berkata, dasar baru yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan awam sejak 28 tahun itu antara lainnya membabitkan penghitungan pencen sehingga maksimum 30 tahun tempoh perkhidmatan berbanding sekarang 25 tahun, pemansuhan penyusutan pencen terbitan kepada 70 peratus, pemansuhan syarat pemastautinan dan ex-gratia terbitan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi penjelasan opsyen semula skim pencen dan ex-gratia terbitan di sini hari ini.



Mendengar berita baik ini mengingatkan saya kepada bekas-bekas pejuang kemerdekaan yang bertugas sebagai polis dan tentera terutamanya golongan seperti SC dan Force 136 sebelum merdeka. Mereka ini telah berjuang kepada kemerdekaan Malaysia namun apa yang mereka dapat selepas merdeka. Mereka tidak diikhtiraf di bawah skim gaji kerajaan apatah lagi menerima pencen. Malang sungguh nasib mereka. Cuma sekeping sijil penghargaan dan selama hayat mereka selepas merdeka dalam dua tiga kali sahaja mereka dipanggil untuk menerima saguhati dalam jumlah yang teramat kecil sekadar melepas batuk di tangga.

Kebanyakkan mereka selepas merdeka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dengan bekerja sebagai petani dan pekebun. Hampir separuh daripada mereka telah meninggal dunia. Saya dimaklumkan baru-baru ini YAB Dato' Seri IR Nizar telah berusaha memberi bantuan kepada golongan ini yang mana kebanyakkan dari mereka berada di Perak. Cuma bantuan perlu dipercepatkan memandangkan usia mereka yang agak lewat. Sekadar berpesan.

Semoga Allah merahmati usaha YAB Dato' Seri walaupun tiada liputan ke arah usaha ini. Ucapan tahniah dari saya kepada semua bekas pesara kerajaan, manfaatkan sebaik mungkin wang pencen anda, kepada yang masih bekerja, tingkatkan kualiti kerja anda.

Rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_05.htm

Ahad

Gerakan Islam : Kenapa perlu 2 nahkoda

Subhanallah... Alhamdulillah.... Lailahaillallah... Allahuakhbar....

Waktu bercuti raya kat Perlis hari tu, saya sempat solat terawikh di beberapa tempat. Antaranya dekat Masjid Jame' Kangar, MADI dan dekat rumah saya (berjemaah). Alhamdulillah, sempat juga berterawikh di tempat sendiri. Hari raya pula terus ke MADI untuk bersolat sunat Aidil Fitri sambil mendengar khutbah dari Dato' Dr Haron Din. Sempat juga bersalam dengan beliau serta pimpinan PAS Perlis.

Apa yang saya nak ceritakan ialah selepas solat terawikh dekat Masjid Jame' Kangar, saya sempat menerima risalah yang diedarkan oleh seorang hamba Allah. Saya sempat membacanya, risalah dari Hizbut Tahrir. Kemudian saya dan rakan jemaah pergi minum di Taman Sena Indah. Banyak yang kami perbualkan termasuk isu politik negara. Mereka juga bertanyakan kepada saya mengenai Hizbut Tahrir.


Hizbut Tahrir (HT)

HT berbangga kononnya merekalah pelopor kepada sistem khalifah sedangkan mereka ditubuhkan puluhan tahun selepas kejatuhan sistem khalifah lebih lewat berbanding gerakan Islam yang lain seperti Ikhwanul Muslimin dan PAS sendiri (Hizbul Muslimin sebelum ini).

HT diasaskan oleh Syeikh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestin pada tahun 1953 .Ia merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya (pelik tapi benar). HT menganggap sesiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, mewujudkan pilihanraya maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur serta sesat. Mereka amat mengecam PAS dan mana-mana pihak yang ingin memperjuangakan Islam melalui saluran demokrasi.

Perjuangan yang paling utama umat Islam bagi HT adalah untuk mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan. Hanya dengan sistem khilafah sahajalah umat Islam akan dapat mengembalikan kehidupan Islam yang sebenarnya yang diredhai oleh Allah SWT.

Kenapa membenci gerakan Islam yang lain?

Jika sistem khalifah yang ingin ditegakkan, maka begitu juga gerakan Islam yang lain. Mengapa mesti membenci dan menimbulkan kebencian pada gerakan Islam yang lain.

Di Malaysia, PAS dianggap sesat dan berdosa olah HT bila memilih demokrasi melalui pilihanraya. HT menusuk masuk kepada ahli PAS yang kurang ilmu agama dan memberi hujah keji memfitnah, mencaci dan merendahkan perjuangan PAS secara halus dan adakalanya kasar. Kenapa tidak UMNO yang jelas menolak hukum Islam.

Sedangkan pejuang PAS ini tidak menerima atau menolak demokrasi secara mutlak. Pejuang PAS menganggap demokrasi sebagai alat bukan sebagai satu bentuk pegangan. PAS semakin mendapat tempat di kalangan umat Islam sekarang ini.

Kenapa di saat sokongan PAS sedang memuncak di Malaysia, HT mula mencucuk jarum menarik ahli PAS untuk menarik diri dari perjuangan yang dianggap berdosa dari menarik ahli UMNO dan golongan kafir agar menerima Khilafah Islam. Agak pelik bukan? Adakah mereka berperanan sebagai parasit dalam perjuangan Islam. Saya amat terkejut apabila pulang ke Perlis, ramai ahli PAS yang saya kenali sudah mula menolak perjuangan PAS yang dianggap sesat.

Kenapa mesti begitu? dalam setiap perkara yang ada khilaf, usahlah menuduh antara satu sama lain, asalkan Daulah Islamiyah ditegakkan berbanding UMNO yang memang tidak berminat dengan negara Islam. Dalam menegakkan khilafah tanpa demokrasi melalui pilihanraya. Apakah cara anda? Selain dari mencari publisiti melalui kutipan tandatangan terhadap sesuatu isu, menganjurkan program dan sebagainya, bagaimana nak mengambilalih negara untuk ditegakkan Sistem Khalifah.

Agak pelik juga mereka bergerak aktif di negara-negara Islam yang mengamalkan demokrasi tetapi tidak bekerjasama dalam menegakkan Daulah Islamiah bahkan menarik pengaruh ke atas gerakan Islam tersebut. Saya agak malas untuk beranggapan buruk kepada HT tetapi mungkin hujah dari anak buah mereka yang agak keterlaluan serta tidak mencerminkan HT itu sendiri menyebabkan imejnya buruk di kaca mata saya.

“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali `Imran: 159)

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Al-Syura: 38 )

Tidakkah mereka sedar antara ulama yang mengambil jalan demokrasi sebagai alat atau maqasib al-syariah dalam menegakkan Daulah Islamiyah seperti Muhammad Khatami, Muhammad Mahdi Syamsuddin, Yusuf al-Qaradhawi, Rashid al-Ghannoushi., Taufiq al-Shawi dan Hassan al-Turabi.

Mereka menekankan konsep-konsep syura, bai’ah, permuafakatan, ijtihad dan maslahah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak berkurangan dalam landasan-landasan asas yang selari dengan tatacara dan matlamat demokrasi.

Pandangan Yusuf Al-Qaradawi:

"Islam mahu ummah ini untuk berunding antara sama lain, dan berdiri sebagai satu badan yang bersatu, jadi tiada musuh boleh menembusinya. Ini adalah bukan matlamat demokrasi. Demokrasi adalah satu sistem yang tidak boleh menyelesaikan semua masalah masyarakat. Demokrasi sendiri boleh membuat apa yang ia mahu sebagai halal, atau mengharamkan apa yang ia tidak suka.

Sebagai Perbandingan, Syariah sebagai satu sistem politik mempunyai had. Kalau kita ingin mengambil demokrasi, kita mestilah mengambil sifat-sifatnya yang terbaik. Ini adalah hal-hal berkaitan kaedah, jaminan, dan adab-adab masyarakat demokrasi. Sebagai satu masyarakat Muslim kita mesti mengambilnya dalam satu konteks masyarakat Islam yang bermatlamat untuk hidup dalam hukum-hukum Syariah.

Masyarakat kita mestilah taat terhadap apa yang telah dijadikan halal oleh Allah dan juga apa yang telah dijadikan haram oleh Nya. Sebagai perbandingan demokrasi dengan satu majoriti kecil boleh membatalkan semua undang-undang dan peraturan. Ia boleh juga membatalkan dirinya dengan jenis margin ini.

Bahkan, dalam beberapa kes demokrasi boleh menjadi lebih buruk dari diktator. Apa yang saya harapkan adalah jenis demokrasi tulen, untuk satu masyarakat yang dipandu oleh hukum Syariah yang sesuai dengan nilai-nilai kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, dan persamaan.

Bersatulah wahai HT dengan Gerakan Islam Malaysia (PAS) atau baliklah ke Palestin

Saya amat merasa terharu atas masalah perpecahan umat Islam di Malaysia ini. Sudah lama PAS ingin menerapkan nilai Islam dan Daulah Islamiyah di Malaysia dengan menempuh pelbagai fitnah, mehnah dan tribulasi oleh golongan yang anti-Islam di sini, dalam keadaan yang sudah nampak perubahan yang positif, tiba-tiba perubahan itu dihancurkan secara senyap-senyap oleh HT ibarat api dalam sekam. Inilah sebenarnya anai-anai dalam gerakkan Islam di Malaysia.

Betulkan pandangan saya dengan bersatu berdakwah kepada masyarakat di Malaysia dari bergaduh pada sesuatu yang bakal melingkupkan Islam di bumi Malaysia. Islam itu Indah, apa salahnya kita bermuafakat membuktikan keindahan Islam itu sendiri. Kalau tidak mahu, lebih baik anda pulang ke bumi Palestin untuk syahid di sana. Usah memporak porandakan silaturrahim dan perasaan mawaddah mahhabbah yang telah lama berkembang antara pejuang Islam di Malaysia kini.

Jumaat

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau 30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)




* Petang ni nak balik kampung... Insya Allah, semoga jalan tak sesak sangat petang ni, tak sabar nak sampai kampung. Hari raya ni dah rancang nak solat hari raya di MADI, Jejawi, Perlis... Macam tahun-tahun sebelum ni. Dato' Dr Haron Din jadi imam. Seronoknya berimamkan ulama. Semoga lepas ni, ulama memerintah Malaysia... Amin

Khamis

"Ang Pow Raya" oleh Kerajaan UMNO@BN


Dalam keadaan ekonomi yang agak lembab (selembab otak pemimpin dan pendokong UMNO@BN) dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat agak berat. Di kala ini rakyat amat mengharapkan belas ikhsan pemimpin negara agar mencari solusi bagi menangani masalah ini. Masalah inflasi dan kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang beredar sepanjang pemerintahan Abdullah amat memberi impak yang amat besar bukan sahaja pada golongan pertengahan, warga ibukota dan ahli perniagaan bahkan semua rakyat jelata. Jelas Abdullah bukan pemimpin yang bijak.

Pada awal Jun lalu, Abdullah mengumumkan harga petrol dinaikkan daripada harga RM1.92 seliter, meningkat sebanyak 40 peratus iaitu 78 sen seliter menjadi RM2.70 seliter.Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Sedangkan sebelum itu, Abdullah mengumumkan harga minyak akan dinaikkan pada bulan Ogos.

Walaubagaimanapun, atas desakan dari pembangkang. Maka pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan semula harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter. Sedangkan pada ketika itu, graf penurunan minyak amat positif.

Dalam kemelut pengambilalihan kuasa oleh Pakatan Rakyat yang makin panas ketika ini, walaupun tarikh 16 dan 23 September 2008 tidak menjadi kenyataan, namun Abdullah sedar rakyat masih mengharapkan pengambilalihan itu dan sememangnya agenda itu masih berjalan.

Memahami situasi kedudukannya yang semakin rapuh itu, Abdullah cuba menggula-gulakan rakyat mengenai penurunan harga minyak sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Rakyat amat mengharapkan penurunan itu dan dianggarkan penurunan di antara 15 sen hingga 30 sen. Penurunan dalam jumlah tersebut dianggar dapat mengatasi masalah inflasi dan kenaikkan harga barang keperluan, namun "Ang Pow Raya" yang ditunggu amat mendukacitakan. Penurunan sebanyak 10 sen pada hari ini seolah Abdullah sengaja bermain dengan sentimen rakyat.

Bagi puak pencacai UMNO@BN, bukannya rakyat tidak bersyukur yang kononnya "janji harga turun..." seperti yang anda semua cacaikan. Sebenarnya kerajaan idola anda semua itu mampu menurunkan lebih banyak lagi dalam keadaan harga minyak dunia yang jelas lebih rendah ketika ini.

Persoalannya sekarang, SIAPA BAGI SUBSIDI PADA SIAPA? KERAJAAN BAGI SUBSIDI PADA RAKYAT ATAU RAKYAT YANG BAGI SUBSIDI PADA KERAJAAN???


Selasa

Yang di-Pertuan Agong atau parlimen?

Oleh: Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara.

Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan.

Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang di-pertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan terlupa peranan penting Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga negara ? satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja.

Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja.

Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah menolak cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana Umno menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak.
Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini.

Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita.

Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan.
Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik.

Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi.

Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal.

Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita.

Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan.
Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

Sumber : www.harakahdaily.net


Nota: Tunggu apa lagi DS Anwar, ayuh... gunakan kesempatan yang ada.

Menanti Hari Esok - 16 September 2008

Salam Uhwah.

Magrib tadi lepas berbuka, tiba-tiba terdengar bunyi telefon saya berbunyi. Satu SMS diterima dari seorang rakan, "Salam. Jam 9.30pm jumpa kat warung depan pejabat POS Kelana Jaya. Kita berkumpul, lepas tu terus ke Stadium dengar Tok Syeikh ceramah". Saya lantas membalas, "Itulah pasal, TGHA, LKS dan DSAI pi, tapi aku pi terawih je. Hehehe...".

Saya memang berminat untuk ke sana, tapi memikirkan malam ini, bacaan Qunut Ramadhan akan bermula, kebetulan ibu saya datang ke rumah maka saya berharap dalam pertengahan Ramadhan Al-Mubarak yang hampir dengan Nuzul Al-Quran maka saya dapat mendoakan kebenaran dan kemenangan bagi Pakatan Rakyat esok hari. Saya tidaklah mengharapkan sangat pada tarikh 16 September seperti yang dinyatakan DS Anwar tetapi saya amat mengharapkan agar dalam masa yang terdekat ini kerajaan BN@UMNO akan jatuh kecundang.

Dalam minggu ini sahaja, beberapa SMS saya terima dari beberapa orang rakan terutama dari Perlis yang bertanyakan mengenai pertukaran kerajaan pada 16 September 2008 seperti yang diwar-warkan oleh DS Anwar. Bagi saya jika Allah SWT mengizinkan, maka hasrat rakyat akan menjadi kenyataan. Insya Allah.

Timbul pula keraguan dari kalangan rakan, adakah kita bakal berdepan dengan perumpamaan "lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga". Saya nyatakan bahawa kita semua telah lama berada di bawah pemerintahan kerajaan BN@UMNO, maka apa salahnya kita memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Lebih baik mencuba daripada terus dianiaya oleh kerajaan korup BN@UMNO. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada kita semua.

Sabtu

Doa Qunut Ramadhan

Masya Allah... betapa hebatnya doa Syeikh Misyari... mampu melenturkan hati yang keras... Allahu Akbar!!!!



Rabu

Hantaran : Gubahan Buah Tembikai

Hmmm... lapar le pulak rasanya tengok hiasan ni..Lambat lagi nak berbuka ni. Unik kan?







Seni itu indah....

Rumah Mancis







Hiasan lanskap yang unik











Lukisan di atas helaian bulu burung. Kreatif kan?






Ahad

Tahniah Azhan Atan

Sebentar tadi berakhirnya pertandingan Akademi Nasyid 2008 di TV9. Tahniah buat saudara Azhan Atan yang telah dinobatkan sebagai Juara Akademi Nasyid. Secara tidak langsung beliau juga mewakili golongan OKU yang jelas berbakat. Sekali lagi ucapan tahniah, teruskan usaha dakwah anda.

Saudara Azhan Atan juga merupakan Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai Johor.




Antara persembahan beliau yang menarik...

Jumaat

Teks Ucapan Belanjawan 2009

UCAPAN BELANJAWAN 2009 OLEH YAB DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DI DEWAN RAKYAT PADA 29 OGOS (JUMAAT) 2008

"KERAJAAN PRIHATIN"

Tuan Yang Dipertua,

SAYA mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-Undang bertajuk "Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Yang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2009 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

ALHAMDULILLAH, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya jua, saya dapat membentangkan Bajet 2009 di dewan yang mulia ini.

Sejak 51 tahun yang lalu, kerajaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada rakyat, berlandaskan kepada prinsip perkongsian kuasa, mengutamakan kestabilan politik, berpegang kepada kesederhanaan dan mementingkan kemakmuran ekonomi.

Sebenarnya, negara kita ADALAH antara negara yang paling stabil dan makmur di rantau ini. Kejayaan ini telah dicapai sungguhpun negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, terutamanya pada tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah kita atasi. Hari ini kita berdepan dengan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. kekal bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

Semangat setia kawan yang ikhlas teruji ketika kita menghadapi kesukaran dan kesusahan. Kawan di masa senang memang ramai, tetapi kawan sejati yang setia dan sanggup bersama di masa susah tidak mudah dicari. Semangat kesetiaan kepada negara dan bangsa adalah amat penting untuk membina sebuah negara yang aman dan makmur. Dalam negara berdemokrasi memang wujud perbezaan pendapat sungguhpun begitu, kita harus bersatu teguh apabila berdepan isu-isu bersabit kepentingan negara.

Persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan global kini menghadapi cabaran dan perkembangan tidak menentu. Seluruh dunia terpaksa menanggung beban akibat dari harga minyak yang meningkat tinggi secara mendadak, di samping meningkatnya harga bahan makanan dan komoditi lain. Ketidakstabilan sektor kewangan di Amerika Syarikat menggugat pertumbuhan ekonomi di negara tersebut serta Eropah. Walaupun aktiviti ekonomi di rantau Asia, terutama India dan China, kekal menggalakkan, namun sokongan permintaan domestik di negara berkenaan mungkin terjejas sedikit akibat tekanan inflasi. Senario ekonomi ini pastinya mempengaruhi perkembangan ekonomi global dan ekonomi negara kita tidak terkecuali daripada pengaruhnya.

Kita bersyukur kerana ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan. Asas ekonomi dan pasaran eksport yang pelbagai, serta rizab antarabangsa yang tinggi, telah meletakkan ekonomi negara lebih fleksibel untuk menghadapi persekitaran luar negara yang mencabar.

Ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang mantap. Asas ekonomi negara yang kekal kukuh serta peningkatan permintaan dalam negeri membolehkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama mencatat pertumbuhan 7.1 peratus, dan 6.3 peratus bagi suku kedua, lalu meletakkan KDNK bagi setengah tahun pertama 2008 pada tahap 6.7 peratus. Berasaskan daya tahan ekonomi yang kukuh, pengalaman dan keupayaan negara, serta sokongan padu rakyat, kita berjaya mengatasi beberapa krisis ekonomi dan kewangan terdahulu. Meskipun negara tidak terkecuali daripada kesan negatif disebabkan harga minyak yang meningkat, kerajaan yakin ekonomi negara akan terus stabil, dengan pertumbuhan KDNK dianggarkan 5.7 peratus pada tahun ini.

Tuan Yang Dipertua,

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah kita bina selama ini terus terjamin. Untuk itu, adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya kita berupaya menangani kesan persekitaran luar yang semakin sukar.

Bertemakan kerajaan prihatin dan selaras dengan lima teras Misi Nasional, Bajet 2009 akan menumpukan kepada tiga strategi khusus, iaitu:

* PERTAMA: Menjamin kesejahteraan rakyat;

* KEDUA: Membangunkan modal insan berkualiti; dan

* KETIGA: memperkukuhkan daya tahan negara


Strategi Pertama: Menjamin Kesejahteraan Rakyat

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan akan terus memastikan rakyat sama-sama menikmati kemakmuran, hasil daripada pertumbuhan ekonomi negara. Untuk ini, kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan Keselamatan Sosial

Kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan miskin. Kesukaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, berikutan daripada kenaikan kos sara hidup, amat difahami oleh kerajaan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 sebulan untuk Sabah. Ini bermakna, bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54,000 isi rumah kepada 110,000 isi rumah. Ini termasuk bilangan warga emas yang layak meningkat daripada 14,000 kepada 40,000 penerima. Langkah ini membabitkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM500 juta.

Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang kita kecapi hari ini. Bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan, mulai 1 Januari 2009. Peningkatan ini membabitkan seramai 75,000 pesara wajib, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada 2009.

Kerajaan telah menyediakan tabung bantuan bagi mereka yang dilanda bencana, seperti banjir dan kebakaran. Untuk memperluaskan skop bantuan, kerajaan akan menubuhkan satu tabung bantuan khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut, seperti akibat kemalangan.

Kerajaan prihatin terhadap kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dalam suasana kekeluargaan. Sebagai satu inisiatif, kerajaan, dengan kerjasama sektor korporat, telah mewujudkan Program Rumah Tunas Harapan, di mana sektor korporat menyediakan rumah, manakala kerajaan membayar kos mengurus. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan akan menaikkan jumlah elaun ibu pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 September 2008. Untuk memperluaskan lagi program ini, kerajaan menyeru kerjasama sektor swasta untuk membina lebih banyak Rumah Tunas Harapan.

Membasmi Kemiskinan

Tuan Yang Dipertua,

Pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada 2007. Bilangan isi rumah miskin tegar berkurangan 43 peratus daripada 67,300 isi rumah kepada 38,400 isi rumah pada tempoh yang sama. Kerajaan yakin matlamat menghapuskan kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada 2010.

Kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan pendapatan serta menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Selain itu, program lonjakan mega luar bandar di Pulau Banggi, Sabah dan Tanjung Gahai, di Kuala Lipis, Pahang sedang dilaksanakan. Untuk tujuan ini, peruntukan RM220 juta disediakan, yang akan memanfaatkan 13,300 isi rumah.

Bagi perumahan pula, dalam tempoh 2006 hingga 2008, sebanyak 3,500 rumah baru telah dibina dan dua ribu rumah dibaik pulih di bawah program bantuan rumah untuk membantu keluarga miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selesa. Pada 2009, peruntukan RM50 juta disediakan untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 buah rumah. Keutamaan diberi kepada golongan tua, uzur, cacat dan ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan serta mangsa bencana alam.

Kemiskinan tegar di Sabah dan Sarawak juga telah dikurangkan dengan ketara. Di Sabah, jumlah isi rumah miskin tegar dikurangkan daripada 32,400 pada 2004 kepada 18,100 pada 2007. Di Sarawak, jumlah itu berkurangan daripada 5,200 kepada 3,600. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di kedua negeri tersebut, terutamanya mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, 580 juta ringgit disediakan bagi Sabah dan RM420 juta bagi Sarawak.

Sebagai satu langkah kerajaan meringankan lagi beban kewangan golongan berpendapatan rendah, isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik, berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. Kerajaan akan menanggung kos bil berkenaan yang berjumlah RM170 juta. Seramai 1.1 juta isi rumah akan mendapat manfaat daripada langkah ini.

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan sedar bahawa peningkatan kadar inflasi telah turut memberi kesan kepada kuasa beli golongan berpendapatan sederhana. Untuk membantu mereka, kerajaan mencadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah. Berikutan langkah ini, seramai 100,000 pembayar cukai dalam golongan pendapatan sederhana tidak lagi dikenakan cukai.

Di samping itu, untuk mengurangkan beban cukai, terutamanya individu yang bergantung kepada pendapatan daripada simpanan, kerajaan mencadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.

Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus. Barangan terbabit termasuk pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Di samping itu, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barang makanan di antara dua peratus dan 20 peratus dikecualikan sepenuhnya. Antara barang makanan terbabit adalah mihun, biskut, jus buah-buahan dan jagung manis dalam tin.

Pada masa ini, kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat dikenakan cukai jalan yang lebih tinggi berbanding kenderaan sama berenjin petrol. Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, berkuat kuasa 1 September 2008.

Menjamin Kebajikan Pekerja

Tuan Yang Dipertua,

Sektor swasta perlu mengutamakan kebajikan pekerja. Untuk menyokong usaha sedemikian, kerajaan mencadangkan elaun perjalanan antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan kepada pekerja diberi potongan sepenuhnya, manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Di samping itu, kerajaan mencadangkan pengecualian cukai diberikan ke atas manfaat yang dinikmati pekerja, seperti berikut:

* Pertama: Bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 untuk perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan;
* Kedua: Telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan internet yang dibayar oleh majikan;
* Ketiga: Nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerjanya;
* Keempat: Nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, seperti sekolah swasta yang memberi pendidikan percuma kepada anak pekerjanya; dan
* Kelima: Elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja.



Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mencadang memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti. Di samping itu, memandangkan terdapat rakyat yang menggunakan perubatan tradisional, seperti akupunktur dan 'ayurvedic', kerajaan juga mencadangkan pengecualian cukai diberi ke atas manfaat perubatan tradisional yang diterima oleh pekerja.

Untuk membantu penjawat awam, kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan untuk mendapat subsidi yuran taska bulanan RM180. Tahap kelayakan pendapatan isi rumah bulanan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

Pada masa ini, kakitangan kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal, iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturahim keluarga, kemudahan ini akan diberikan setiap tahun, mulai 1 Januari 2009.

Menambah Baik Pengangkutan Awam

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan akan terus menggalakkan lebih ramai warga menggunakan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Saya telah turun padang baru-baru ini untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam di ibu kota kita. Saya percaya, pengangkutan awam yang lebih efisien dan bersepadu amat penting bagi menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan.

RapidKL dan RapidPenang telah ditubuhkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Lembah Klang dan di Pulau Pinang. Kini, RapidKL menyediakan perkhidmatan bas kepada 166 laluan merangkumi lebih 980 kawasan kediaman. Sejumlah 14 peratus adalah laluan sosial yang tidak menguntungkan dan tidak diliputi oleh syarikat pengangkutan awam yang lain. Laluan sosial ini masih beroperasi untuk memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat, terutama daripada kalangan berpendapatan rendah, mendapat manfaat daripada usaha penambahbaikan pengangkutan awam. Pada puratanya, seramai 400,000 penumpang sehari menggunakan perkhidmatan bas dan 350,000 menggunakan perkhidmatan rel RapidKL. Keseluruhannya, 44 peratus dari perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang disediakan oleh RapidKL.

RapidPenang pula menyediakan perkhidmatan bas kepada 33 laluan di 106 kawasan perumahan dengan jumlah 46,000 penumpang sehari. RapidPenang kini menyediakan 60 peratus daripada jumlah perkhidmatan bas di Pulau Pinang. Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan, 200 bas akan ditambah, menjadikan jumlah 350 bas. Dengan ini, perkhidmatan bas RapidPenang dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru dan jumlah penumpang meningkat kepada 120,000 penumpang sehari pada penghujung 2009.

Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014. Ini termasuk projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.

Sistem LRT sedia ada di Lembah Klang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer (km), iaitu masing-masing sepanjang 15 km bagi aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang. Apabila siap pada 2011, kedua-dua projek ini akan memanfaatkan 2.6 juta penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong, berbanding 1.9 juta orang pada masa ini.

Pada masa sama, perolehan 35 set tren bagi aliran kelana jaya telah dilaksanakan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2010, dengan kos RM1.3 bilion.

Dengan langkah-langkah ini, kapasiti aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua kali ganda, daripada 160,000 penumpang sehari pada masa ini kepada 350,000 penumpang sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai kapasiti 280,000 penumpang sehari berbanding 150,000 penumpang pada masa ini.

Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang, satu laluan LRT baru sepanjang 42 km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras. Laluan baru ini, dengan kapasiti melebihi 300,000 penumpang sehari, apabila siap pada 2014, akan memberi perkhidmatan rel bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan Koridor Kota Damansara-Cheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.

Kerajaan telah mengambil alih aset dan operasi KL Monorail daripada operator swasta pada akhir 2007. Beberapa langkah meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan telah dilaksanakan. Berikutan langkah-langkah ini, semua 12 tren yang ada telah berjaya beroperasi semula sepenuhnya. Sejak pengambilalihan, jumlah penumpang telah meningkat lebih 10 peratus daripada purata 51,000 penumpang sehari kepada lebih 57,000 penumpang sehari pada masa ini. Pengambilalihan ini akan menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang lebih berintegrasi.

Perkhidmatan rel Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad akan dipertingkatkan. Langkah sedang dilaksanakan untuk membaik pulih 20 set 'Electric Multiple Unit (EMU) sedia ada yang dijangka siap pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru juga akan ditambah menjelang 2011. Dengan ini, kapasiti KTM Komuter dijangka meningkat daripada 350,000 penumpang sehari pada masa ini kepada 500,000 sehari. Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 km sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2010.

Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan perkhidmatan KTM, iaitu projek landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada 2013.

Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung. Terminal moden lima tingkat ini mempunyai kapasiti menampung lebih 130 teksi dan 100 bas, kemudahan letak kereta dan ruang komersial, di samping mempunyai 'connectivity' dengan rel aliran Ampang, ERL dan KTM Komuter serta juga teksi dan bas bandar di Lembah Klang. Terminal ini dijangka beroperasi pada 2011.

Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina. Terminal ini akan dapat mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam berperanan penting memastikan jaringan perkhidmatan yang lebih luas serta efisien, selamat dan bermutu tinggi, di kawasan bandar dan luar bandar. Untuk membantu mengurangkan kos operasi pengusaha pengangkutan awam, kerajaan telah pun meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam. Kerajaan akan turut mengambil langkah-langkah berikut:

* Pertama: menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel; dan
* Kedua: Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008. Kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol di atas kehilangan hasil berikutan pengurangan ini yang dianggarkan RM45 juta setahun.



Di samping itu, pengusaha semua bas diberi pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi elaun modal dipercepatkan. Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan limousin.

Untuk memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2009.

Dasar Jaminan Makanan

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Sebanyak RM5.6 bilion disediakan di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 hingga 2010. Peruntukan ini antara lain adalah untuk pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bertujuan meringankan beban kenaikan kos pengeluaran dan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani. Seramai 350,000 petani yang mengusahakan sayur-sayuran, buah-buahan, akuakultur dan ternakan akan mendapat faedah daripada insentif ini.

Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan, peruntukan RM300 juta telah disediakan. Daripada jumlah ini, RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Seramai 100,000 nelayan termasuk pemilik bot akan mendapat manfaat.

Di samping itu, untuk menggalakkan pengeluaran ayam dan itik, kerajaan mencadangkan penternak ayam dan itik diberi elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan.

Kerajaan akan menyediakan insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dengan peruntukan satu bilion ringgit yang akan memberi manfaat kepada 220,000 pesawah di seluruh negara. Lebih 1,300 hektar tanah terbiar telah dikenal pasti bagi pengeluaran padi dan makanan lain, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan.

Selain itu, peruntukan RM475 juta disediakan bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu golongan pesawah. Untuk meringankan beban petani, kerajaan mencadang memansuhkan duti import ke atas baja dan racun perosak.


Sumber: http://qulim.blogspot.com

KOMEN PERIBADI: Tak nampak prihatin pun, banyak retorik dan membantu anak dan menantu serta kroni.

Isnin

Ramlang Porigi dedah muslihat UMNO

Salam ukhwah, lepas solat Subuh pagi tadi saya sempat melayari laman web www.tranungkite.net. Apa yang menarik dan mengejutkan ialah pendedahan oleh Saudara Imam Ramlang Porigi yang menjadi saksi bagi proses Mubahalah (sumpah laknat Say Fool).

Saksikan betapa taktik jahat UMNO telah didedahkan.





Khamis

Boikot barangan permainan LEGO

Celaka sungguh kafir laknatullah ini. Selepas karikatur gambar nabi yang kita cintai Nabi Muhammad SAW (bukan SWT seperti kata Say Fool). Mereka terus menggasak Islam, dan terbaru satu permainan LEGO telah dikeluarkan...


Teringat saya pada beberapa penulis kontroversi Malaysia satu ketika dulu. Bagaimanapun, ada sesetengah pihak menganggap gambar ini adalah gambar super impose yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan prestasi syarikat LEGO. Wallahu a'lam....

Bagi saya, banyak lagi permainan yang lebih bermutu dan terpenting murah yang berada di pasaran.

Kurma dari Israel

Bulan puasa hampir menjelang. Pasaran kurma ketika ini amat memberangsangkan, tetapi perlu berhati-hati memilih. Saya mendapat e-mail dari seorang rakan mengenai kurma yang diimport dari Israel....

Pls support the boycotting.
Product of Israel



Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

Sabtu

Adakah kita sama?

Kita mengetahui hakikat kebenaran Islam mengapakah masih ada antara kita masih menyembunyikan kebenarannya. Adakah dengan menyembunyikan kebenarannya kita masih dapat memperkukuhkan kekuasaan kita.

Ingatlah ketika mana Abu Jahal dan Abu Lahab yang mengetahui hakikat kebenaran Rasulullah yang mereka gelarkan Al-Amin (yang dipercayai) namun kerana kekuasaan dan kemewahan yang mereka miliki, mereka terus memusuhi Rasulullah. Hakikatnya yang haq itu tetap haq dan yang batil itu tetap batil, akhirnya kemusnahan berlaku kepada mereka.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 146

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang mereka lakukan).

Adakah kita sama seperti kaum yang Allah maksudkan seperti ayat di atas?



Muhabalah Saiful Bukhari tidak ikut Syar'ie


"Tahniah nak, kita akan jadi jutawan lepas ni"


Mohd. Saiful Bukhari (Say Fool) , 23, memegang kitab al-Quran telah melafazkan sumpah berikut:

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya". “Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Muhabalah tersebut dilakukan di Masjid Wilayah pada 15 Ogos 2008, pukul 6.30 petang dihadapan Imam Masjid Wilayah dan dihadiri oleh antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Bagaimanapun muhabalah itu dikesali oleh Dato Dr Haron Din yang mengatakan muhabalah itu tidak mengikut kaedah Syar'ie.

“Lafaz sumpah yang sepatutnya ialah, mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu yang antaranya ialah dilakukan dihadapan seorang Hakim Mahkamah Syari’e,” jelas Dato Dr Haron Din sewaktu mengulas mengenai Saiful Bukhari yang dilaporkan membuat sumpah petang kelmarin berhubung dengan dakwaannya di liwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

CADANGAN MENGADAKAN REFERENDUM; ATASI MASALAH PAKATAN RAKYAT

Salam Ukhwah,

Pihak UMNO&BN sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan persefahaman antara parti komponen Pakatan Rakyat bagi terus survival dalam mempertahankan kuasa mereka.

Satu lonjakan besar telah berlaku pada PRU12 baru-baru ini menjadikan Pakatan Rakyat menang besar tanpa terduga dan mencetus satu suasana yang agak asing bagi mereka. Suasana ini menyebabkan sifat kepartian masing-masing terserlah. Saya ada melayari beberapa blog individu tertentu dan mendengar luahan beberapa rakan yang masing-masing mempertahankan parti masing-masing yang memberi sumbangan bagi kemenangan Pakatan rakyat pada PRU baru-baru ini dan sesetengahnya menidakkan sumbangan parti yang lain.

Keadaan ini menyebabkan seolah-olah berlaku monopoli dalam membuat sesuatu keputusan bagi pihak kerajaan negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Masing-masing cuba menjadi Decision Maker dalam sesuatu tindakan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan berkemungkinan dapat melumpuhkan perpaduan parti dalam Pakatan Rakyat. Ini juga akan menjejaskan perpaduan antara penyokong parti.

Bagaimanapun, memang telah menjadi adat, bak dalam sesuatu perkahwinan, berbeza pendapat pada mulanya adalah perkara biasa, soal saling cuba untuk memahami dan bertolak ansur adalah penting bagi terus memperkukuhkan persefahaman. Bergaduh dari awal lebih baik dari bergaduh di kemudian hari.

Saya merasakan jika benar, Pakatan Rakyat dapat mengambilalih tampuk pemerintahan dari kerajaan BN yang hampir hancur ketika ini, kerajaan sementara akan dibentuk secara memangku jawatan dalam satu barisan kabinet sementara. Kemudian satu referendum perlu diadakan di semua negeri di Malaysia bagi meminta pendapat secara langsung dari rakyat bahawa individu dari parti mana yang layak dilantik mengetuai Pakatan Rakyat. Seolah-olah kempen di US antara Obama dan Hillary. Bentuk dan kaedah yang bakal digunakan perlulah dibincangkan antara wakil pemimpin-peminpin parti.

Referendum ini bukanlah bermaksud 're-election' antara semua parti, tetapi hanya pungutan suara dari rakyat jelata mengenai individu yang layak menerajui pakatan Rakyat. Ini akan mengelakkan berlaku perpecahan dan rasa tidak puas hati antara penyokong Pakatan Rakyat.

Wallahua’lam… sekadar cadangan.

Rabu

Muzakarah, Muqabalah atau Mu Ngelabah



Panas! Panas! Panas! ... Makin panas lagi apabila beberapa orang kuat Pakatan rakyat dan Barisan Nasional sendiri tidak tentu arah memberi pendapat tentang isu Muzakarah dan Muqabalah ini. Masing-masing dengan hujah masing-masing, entah siapa betul dan siapa yang lebih betul.

Kegawatan ini terserlah menutupi semua isu dan bencana yang lain yang pernah berlaku di tanah air seperti salji yang menutupi dedaun pokok, tidak terkesan dimana duri yang menanti.

Bermula dengan isu Muzakarah menjadi cecabang dalam beberapa isu yang menguji hati nurani pengikut dan pendokong Islam itu sendiri.

Terserlah istilah Arab yang sudah lama tidak didengar di media negara, membicarakan tentang Muzakarah yakni berbincang, bertukar fikiran dan menyatakan padangan pada sesuatu isu di sertai hujah Naqli & Aqli. Bagaimanapun istilah ini dianggap pengkhianatan apabila yang menggunapakainya adalah PAS dan UMNO. Adilkah begitu?

Sedangkan PAS telah lama mengajak UMNO bermuzakarah tetapi keadaan dan situasi semasa yang menjadikan istilah itu buruk dan keji. UMNO cuma bersedia untuk bermuzakarah di saat roh UMNO sedang meronta-ronta untuk meninggalkan jasadnya, kenyataan Pak Lah yang menimbulkan kegawatan ini menjadi bukti bahawa UMNO memang ternyata tidak ikhlas.

Maka sekonyong-konyong itulah maka pelbagai penghinaan dan makian dilemparkan kepada pimpinan PAS seolah mengkhianati penyokong dan ahli. Inikah yang dinamakan keterbukaan. Malang sungguh. Bermuzakarah antara keduanya, adakah membuktikan PAS akan masuk UMNO? sedangkan UMNO masih dengan sikap munafiknya.

Berkat kebijaksanaan Tuan Guru Nik Aziz maka istilah Muqabalah yakni bersemuka pula timbul bagi mengalih kebencian kepada istilah Muzakarah. Istilah ini alhamdullilah dapat mengurangkan tekanan kepada pendokong PAS itu sendiri.

Malangnya apabila saya melayari laman web beberapa blogger tertentu, nampaknya mereka masih terus menabur benih kebencian pada PAS. Bila diamati lagi, jelas kurangnya ilmu agama dan kekuatan akidah terhadap Islam dalam tulisan mereka. Kalau PAS memang ingin bergabung dengan UMNO, maka telah lama PAS berbuat sedemikian. PAS tetap memperjuangkan Islam bukan kebangsaan. Tidakkah mereka ketahui bahawa Allah SWT berfirman

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

Itulah intipati dan pemberi keyakinan kami tentang perjuangan PAS sejak dari dahulu lagi. Mungkin mereka menganggap Tuan Guru Haji Hadi kurang bijak berpolitik, adakah dengan cara memaki hamun seorang kepimpinan dapat menyedarkan beliau. Ini bukan rumah UMNO, kita boleh menegur pemimpin dengan cara yang berhikmah, sekurang-kurangnya hormatlah sedikit beliau sebagai seorang ulama.

Kegawatan yang berlaku bukanlah disebabkan dari ahli PAS yang yang mempunyai fikrah dalam memperjuangkan Islam tetapi lahir dari hati yang terumbang ambing dan mereka yang bertopengkan PAS, padahal mereka tidak ketahui bahawa menghancurkan PAS bererti menghancurkan perjuangan risalah Allah itu sendiri.

Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi membalikkan tuduhan dan kesempitan pemikiran mereka yang tertentu dengan mencabar UMNO untuk bubar dan PAS juga akan bubar bagi membentuk parti baru. Bagi sesetengah orang, mungkin beranggapan PAS memang ingin bergabung dengan UMNO. Sebangang-bangang UMNO mereka tidak akan bubar melainkan dibubarkan dan itu telah terbukti dan menjadi sejarah hitam dalam UMNO itu sendiri.

Memegang jawatan dalam UMNO perlu menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk kekal di jawatan yang kukuh dan empuk. Berbalik pada PAS, kerja ikhlas untuk kemenangan Islam lebih penting berbanding jawatan dalam parti. Adakah UMNO sanggup korbankan jawatan mereka yang empuk itu untuk diberi kepada beberapa pimpinan PAS yang tak keluar modal. Secara logiknya, tidak mungkin sama sekali.

Selagi perjuangan PAS itu adalah Daulah Islamiah maka, kami tidak akan gentar sama sekali dengan tohmahan dan fitnah serta tribulasi dari sesiapa pun kerana kami yakin dengan janji Allah itu.
Muzakarah atau Muqabalah atau kamu yang mengelabah....

Anwar ditangkap : Tidak adakah cara lain???


Salam ukhwah.

Sumber mengatakan penangkapan DS Anwar tengahari ini membuktikan betapa UMNO&BN memang mengalami krisis mental dan identiti yang teruk.

Setelah wakil mereka telah teruk dibelasah semalam dalam Debat Anwar-Shabery. Maka hari ini, mereka telah mengambil langkah menangkap DS Anwar sedangkan mengikut perjanjian, Anwar sendiri akan hadir memberi kesaksian di IPK Kuala Lumpur. DS Anwar ditangkap dalam perjalanan dari rumah beliau menuju ke IPK KL selepas siasatan BPR .

Ini membuktikan bahawa Pak Lah dan rejim UMNO&BN yang lain amat takut akan kemungkinan kemarahan rakyat memuncak selepas pendedahan tentang penyelewengan dan salah guna wang rakyat oleh DS Anwar semalam.

Adakah mamat Abdullah itu masih mamai setelah bangun dari tidur. Penangkapan ini akan menambah api kemarahan rakyat dan bakal membentuk Reformasi ke-2 selepas penangkapan DS Anwar dan gelombang inilah yang telah menurunkan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir satu ketika dahulu.

Abdullah cuba bermain dengan kemarahan rakyat seolah-olah rakyat Malaysia boleh ditipu dan diperkuda pada bila-bila masa. Ambilah pengajaran dari bekas ‘boss’ anda dahulu. Api semasa kecil menjadi kawan, apabila dimarakkan lagi akan membakar UMNO&BN itu sendiri.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia, selepas beberapa babak kebebalan pemimpin UMNO&BN dikesali ditambah lagi dengan kebebalan yang lain pula. Adakah kesudahan politik Malaysia jika pemimpin terus diangkat dari kelompok yang sama iaitu dari UMNO&BN. Tunggulah saat kehancuran..

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua penyokong dan pengundi UMNO&BN. Jasa baik anda ini, Allah sahaja yang membalasnya.

Debat Anwar : Rakyat Makin Marah


Salam Ukhwah,

Debat yang disangka bakal menggegarkan berakhir dengan satu debat yang sia-sia di pihak UMNO&BN tetapi memberi kredit yang besar kepada Pakatan Rakyat.

Shabery banyak lari dari tajuk dan lebih selesa menyerang peribadi DS Anwar, dan ini dapat dilihat dari hujahnya mengaitkan DS Anwar dengan zaman demonstrasi pelajar dahulu. Hujahnya juga banyak lari dari tajuk perbincangan. Soalan dari saudara Ketua Pengarang Siasah juga tidak dijawab sebaliknya menyeleweng entah ke mana-mana.

Saudara Nordin Kardi juga jelas bertanya soalan yang menyimpang. Dia secara tidak langsung merendahkan imejnya sebagai seorang intelektual.Bagaimanapun, mungkin dia terpaksa berdepan dengan konflik antara keilmuannya atau imbuhannya. Ditambah lagi selepas minyak naik, dia pasti mengiakan hujah DS Anwar tetapi secara di dalam hati.

Saya amat pelik apabila ada penonton yang begitu gembira apabila Shabery membidas peribadi Anwar, tidak tahukah mereka yang dibicarakan ialah isu minyak yang melibatkan diri mereka sendiri. Itulah bangangnya penyokong UMNO&BN, tak dapat membezakan kaca dengan intan.

Berkenaan dengan Petronas yang kononnya UMNO&BN yang wujudkan, saya teringatkan mungkin Abu Jahal dan Abu Lahab juga beranggapan begitu apabila Muhammad SAW menakluk kota Mekah. Mekah itu mereka yang majukan.

Saya sempat menonton juga Astro Awani, rancangan Pasca Debat Anwar-Shabery. Nampaknya ahli panelnya nampak lebih terbuka dan bertanggungjawab. Komen mereka agak berhati-hati dan tidak melalut seperti Shabery. Tidak siapa yang suka harga minyak naik melainkan orang UMNO&BN sahaja. Sepatutnya pimpinan UMNO mengambil iktibar dari usul DS Anwar dan menurunkan harga minyak dalam masa terdekat.

Debat yang dianjurkan untuk mematah permintaan Pakatan Rakyat nampaknya memakan diri mereka sendiri. Wahai Shabery, bila nak kosongkan kerusi anda? Bukan untuk keluar dari parti tapi menjadi TPM, kerana yang sedia ada ini agak pengecut, sama seperti sepupunya yang dijemput berdebat di UKM satu ketika dahulu. Hantar wakil juga.

Selasa

Debat Anwar bermula lebih awal


Salam Ukhwah,

Nampaknya UMNO&BN yang diwakili oleh Shabery telah kepanasan dan hampir bengong untuk berdepan dengan DS Anwar. Mereka telah menjangkakan akan kelemahan yang dihadapi dan bakal bertemu dengan nasib yang malang. Tentera yang dibayar upah walaupun cukup lumayan belum tentu dapat mengalahkan musuh dan membukti kesetiaan.

Memahami situasi itu, maka gendang perang telah dipalu sejak awal lagi. Tentera-tentera barisan hadapan telah dikerah sejak dari awal pagi lagi untuk menghenyak rakyat jelata.

Tentera-tentera barisan hadapan yang terdiri dari para media, telah dari awal lagi mencari segala macam strategi perang saraf agar rakyat menerima kesan kenaikan minyak. Buka sahaja TV1, TV2, dan TV3, semuanya akan menerangkan kepada rakyat perihal mengapa kerajaan BN terpaksa menaikkan harga minyak. Seolah-olah baru kelmarin harga minyak naik. Ditambah lagi dengan isu skandal DS Anwar.

Tentera-tentera barisan hadapan itu, mengadakan lakonan dengan menemuramah beberapa orang tertentu termasuk Hasan Merican bagi menampakkan 'real' dalam lakonan saraf mereka. Ditambah dengan beberapa fitnah bagi menyedapkan lagi lakonan itu. Umpama isteri Abu Lahab yang sibuk membawa kayu apinya.

Jangkamasa yang panjang diambil oleh kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat asbab kenaikan harga minyak membuktikan kerajaan BN ternyata gagal meredakan kemarahan rakyat. Bangang betul UMNO&BN kerana tidak memahami asbab kemarahan rakyat. Rakyat tidak peduli apa sahaja hujah kerajaan BN dan isu bangang tentang skandal DS Anwar.

Peduli apa kalau kalau UMNO&BN mewujudkan skandal sesiapa pun dalam pimpinan Pakatan Rakyat. APA YANG RAKYAT MAHU IALAH... TURUNKAN HARGA MINYAK... WAHAI PEMIMPIN BANGANG.... ITU YANG KAMI MAHU...

Sarjan yang tidak berapa yakin tetapi berusaha menampakkan keyakinan di wajahnya, melihat dahulu kesan dari tentera barisan hadapannya. Selalunya apabila perang begini, Jeneral dan Komender akan turun bertarung tetapi pada kali ini nampaknya Sarjan perlu bekerja keras kerana Jeneral dan Komander dari semalam mengalami gangguan mental. Gementar menunggu matahari membenamkan cahayanya.

Maka akan kita saksikan perdebatan pada malam ini. Perdebatan yang sememangnya suara dari rakyat. Kalah menang bukan ukuran tetapi apa yang penting, suara rakyat akan kedengaran.

Takbir

Isnin

PAS Lebih Unggul Sebagai Peneraju Demonstrasi Rakyat


Salam ukhwah,

Demontrasi PROTES Sejuta Rakyat bagi kenaikkan harga minyak petang kelmarin yang mencetus kejadian yang haru biru amat mendukacitakan dan menjadi bahan sindiran rejim UMNO dan BN. Sebenarnya, bukan demonstrasi kelmarin sahaja gagal bahkan Himpunan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati baru-baru ini juga ternyata dianggap gagal oleh penyokong Pakatan Rakyat sedangkan Majlis Himpunan Rakyat anjuran PAS Selangor pada 13 Mac lalu dan Himpunan BERSIH sebelum itu berjalan dengan baik.
Terus terang saya katakan, saya dan rakan-rakan hadir ke Himpunan 100 Hari Pemerintahan PR semata-mata kerana menyangka Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi akan berucap, malangnya mereka tidak dapat hadir.

Pertukaran tarikh dan tempat di saat akhir amat mengelirukan para demonstrater. Inilah natijah dari kurang persefahaman (bukan tidak ada persefahaman tapi kurang) antara pimpinan Pakatan Rakyat.

Pimpinan PKR jangan terlalu emosional untuk menjadi leader dalam semua program anjuran PR. PKR perlu belajar cara mengatasi masalah cepat melatah yang dialaminya. Anda masih kurang mendapat kepercayaan dari rakyat berbanding PAS yang lebih senior dalam politik Malaysia. Hakikatnya rakyat bukan pada taat pada PAS sebenarnya tetapi lebih kepada apa yang diperjuangkan oleh PAS. Itu yang menjadikan PAS lebih unggul.

Berbalik kepada isu demonstrasi, meletakkan kesalahan atas Dr Hatta Ramli yang mewakili PAS adalah kurang tepat, perasaan saling menghormati sebenarnya perlu wujud dalam pimpinan PR.
Sebagaimana yang YB Azizan Razak nyatakan dahulu, saya amat menyokong penuh pendapat beliau agar PAS menjadi tulang belakang PR, ATAS DASAR PAS ADALAH PARTI POLITIK PALING SENIOR. Atas dasar senior itulah maka parti lain perlu memberi laluan kepada PAS.

Dr Hatta perlu mengambil peluang membaikpulih kembali imej PAS dengan menjadikan PAS sendiri sebagai ‘pilot’ dalam demonstrasi yang bakal diadakan nanti. Saya yakin dengan PAS sebagai ‘pilot’ dan dibantu oleh PR maka demontrasi 1 juta rakyat dapat dijayakan. Ini terbukti dari penglibatan rakyat yang lepas.

Budaya salah-menyalah tidak perlu timbul, kejadian ini perlulah dijadikan tauladan dan perlu penambahbaikan pada masa hadapan bagi menjadikan PR lebih kehadapan berbanding BN.

Takbir!!!!

Ahad

Isu Anwar; Cubaan alih isu Rosmah

Pengakuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan petang kelmarin bahawa dia diliwat oleh Anwar jelas merupakan konspirasi oleh kerajaan BN terutama Najib.

Konspirasi tersebut diakui sendiri oleh isteri Anwar, Wan Azizah. Wan Azizah telah mengemukakan bukti gambar yang menunjukan gambar
Saiful Bukhari Azlan bersama pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof. Ini menterjemahkan bahawa telah ada konspirasi Najib menjatuhkan Anwar.

Najib merupakan seorang murid yang tolol yang belajar dari bekas gurunya suatu ketika dulu. Isu yang dibangkitkan adalah isu yang sama walaupun telah dinafikan oleh bekas gurunya menjelang PRU12 yang lepas (rujuk pengakuan Mahathir, Anwar tidak bersalah).

Apapun usaha mewujudkan isu ini hanyalah sebagai mengalih isu tuduhan penglibatan Rosmah dan kes pembunuhan Altantuya. Bagaimana gelabahnya Najib apabila Akuan Bersumpah oleh Raja Petra dibuat terhadap isteri kesayangannya itu. Isu ini juga bagi menggagalkan usaha penubuhan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, isu yang ditimbulkan adalah amat benak sekali yang mana datang dari pemikiran yang benak. Maka tidak hairanlah, bekas gurunya juga mengakui kebenakkannya itu.

Jika isu yang ditimbulkan adalah isu contohnya seperti Anwar melakukan konspirasi dengan agen Yahudi atau bukti Anwar memang terlibat rasuah (walaupun tidak), maka isu itu mungkin lebih dipercayai, tetapi disebabkan kebenakkannya, maka isu yang telah dinafikan oleh gurunya, ditimbulkan kembali.

Hakikatnya, rakyat akan bertambah marah dengan kebenakkan kerajaan BN terutama UMNO. Sedangkan isu yang ditimbul oleh bekas gurunya dari awal lagi tidak dipercayai, ditambah lagi isu ini yang ditimbulkan di kala kemarahan rakyat sudah memuncak.

Semoga Allah memberikan keinsafan kepada mereka, jika tidak tunggulah kehancuran dan azab Allah yang pasti tiba.